Majlis Pertunanganku.

Pada 7 April lalu, bersamaan dengan hari Ahad, telah berlangsung peristiwa yang amat penting dalam hidup aku iaitu majlis pertunanganku bersama gadis pilihan hati.

Baca Selanjutnya

Hari Sukan SMKSB 2012

Hari Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor (SMKSB) yang berlangsung pada Jumaat, 22 Jun 2012, bersamaan 2 Syaaban 1433 Hijrah. Tahniah kepada semua warga SMKSB yang terlibat.

Baca Selanjutnya

Majlis Perpisahan

"Setiap yang hidup pasti akan meninggal. Setiap perjumpaan pasti ada perpisahan. Segala salah dan silap, harap dimaafi. (SMK Convent, Klang, 2010)."

Baca Selanjutnya

Majlis Perpisahan

"Kalau ada lombong di ladang, boleh saya tumpang mandi. Kalau ada umur panjang, harap dapat berjumpa lagi."

Baca Selanjutnya

Sama Ada Kita Peduli Atau Tak

Dunia hari ini, undang-undang tidak mengizinkan guru menlaksanakan kerjanya sebagai 'guru'. Jadi, mari kita ketawa lagi . .ha ha ha.

Baca Selanjutnya

Join The Community

Premium WordPress Themes

Kelas Blogger





1. Buka link laman web berikut untuk login/sign up blog.


2. Laman web template.


3. Laman web Favicon

4. Ruang sembang CBox



Majlis Pertunanganku



Pada 7 April lalu, bersamaan dengan hari Ahad, telah berlangsung peristiwa yang amat penting dalam hidup aku iaitu majlis pertunanganku bersama gadis pilihan, Nurul Jannah Binti Yahaya. 

Aku harap, ikatan pertunangan ini akan berkekalan sehingga kami diijabkabulkan dan berbahagia di dunia dan akhirat. Amin!


Konvoi Bersama Civic FD Club Malaysia (CFDC)


Pada 1 Disember 2012 lepas, sempat jugak aku konvoi bersama dengan Civic FD Club Malaysia (CFDC). Lokasi pertama ialah makan kenduri kahwin kat rumah salah seorang ahli kelab CFDC. 

Kemudian gerak ke dataran apa nama entah. Tapi kat Kedah la. Time tu aku memang dah mamai. Ingat nak tido je time tu. Maklum la, sebenarnya hari tu sejak pagi kepala berdenyut-denyut sakit. Drive plak beratus KM dengan aircond yang sejuk. Mana tak 'lembik' badan.

Sepatutnya, keesokkan hari aku dan yang lelain berkonvoi ke Padang Besar. Ada pulak yang plan nak pegi Hatnyai terus. Tapi awal-awal pagi lagi aku dah cabut balik ke Selama, Perak. Sebab keesokan harinya pulak aku kena jaga exam SPM.  

Berikut ialah beberapa gambar yang berjaya dirakam.


Bersama Mugen RR yang dicintai...hehe



Peserta yang hadir



Gambar kereta



Satu lagi gambar kereta


Memang terbaekkk!


Bisnes Internet untuk Orang yang Bekerjaya dan Pelajar


Oleh: Ahmad Henry

Ada beberapa jenis perniagaan internet yang sesuai untuk orang yang bekerja mahupun pelajar. Ciri-ciri perniagaan yang sesuai untuk golongan ini ialah, ianya mesti tidak mengganggu tugasan hakiki individu tersebut.

Antara perniagaan yang saya maksudkan ialah dengan menjadi agen affiliate seperti pay per leads (PPL), pay per sale (PPS), menjadi agen dropship, atau pay per click seperti nuffnang, google adsense, dan sebagainya.

Di sini saya hanya akan terangkan jenis perniagaan internet dalam bentuk DROPSHIP.


Contoh rajah sistem dropship

 
Apa Itu Dropship?

Dropship ialah sejenis perniagaan yang memerlukan si agen mempromosikan sesuatu produk yang bukan miliknya. Agen dropship hanya perlu mempromosikan gambar dan maklumat sesuatu produk milik orang lain, kemudian mengambil tempahan mengikut harga pasaran, dan seterusnya membeli barang yang ditempah tadi daripada pemilik produk pada harga borong.

Contohnya begini. Ahmad ialah agen dropship untuk produk buku. Buku itu ialah milik En Leman. Ahmad mempromosikan gambar dan maklumat buku milik En Leman di Facebook, Blog, laman web, pemplate, dan sebagainya.

Ahmad meletakkan harga buku pada harga runcit atau harga pasaran. Ahmad juga meletakkan nombor akaunnya di facebook atau blog supaya pembeli boleh membeli buku yang dipromosinya itu. Apabila ada pembeli membeli buku yang dipromosinya, Ahmad membeli pula buku itu daripada En Leman iaitu pemilik buku itu. Tetapi, Ahmad membeli daripada En Leman pada harga borong dan lebih murah. Dari situlah Ahmad akan dapat untung.

Perlu Mendaftar Menjadi Agen

Untuk menjadi agen dropship, anda perlulah mendaftar kepada pemilik produk. Tujuannya supaya pemilik produk dapat membezakan sama ada si pembeli itu pembeli biasa atau agen dropship produknya. Kalau pembeli biasa, harga yang diberikan ialah harga pasaran. Sebaliknya jika agen yang beli, harganya ialah harga borong.

Yuran

Ada pemilik produk yang mengenakan yuran kepada agen-agen dropshipnya. Tetapi ada juga yang tidak.

Untuk yang mengenakan yuran, bayaran hanya dikenakan untuk pendaftaran atau keahlian sahaja, bukan ke atas produk. Maknanya, agen bebas menjual mana-mana produk milik pembekal selepas membayar yuran.

Yuran ada yang dikenakan sekali sebulan. Ada pula yang perlu bayar sekali seumur hidup. Justeru, anda boleh memilih sama ada untuk menjadi agen dropship yang mengenakan yuran atau tidak.

Cabaran Menjadi Agen Dropship

Pembekal produk dropship memang ramai. Tapi tak semua yang benar-benar ikhlas dalam perniagaan (selaku pemilik produk). Ada pemilik produk yang menggunakan sepenuhnya agen-agen dropship untuk meningkatkan jualan mereka semata-mata. Agen penat-penat buat promosi dan membeli produk mereka, tetapi komisyen yang diperoleh sangat sedikit. Pembekal seperti ini memang tidak prihatin dan hanya mementingkan diri.

Ada juga pemilik produk yang tidak menyediakan gambar atau maklumat mengenai produk. Kalau ada gambar sekalipun, mereka telah masukkan alamat laman web di gambar-gambar produk tersebut. Ini menyebabkan bakal pembeli yang melihat gambar itu akan membuka laman web yang terdapat pada gambar. Dan akhirnya pembeli akan membeli di laman web pemilik produk itu kerana kebiasannya mereka mampu memberikan harga lebih murah.

Justeru, jika anda ingin melibatkan diri dalam dropship, pastikan pemilik produk atau pembekal ialah orang yang jujur dan tidak mementingkan diri sendiri.

Jadi Agen Buku Politik di Pustaka Al Manhar

Pustaka Al Manhar juga sedang mencari agen-agen dropship untuk buku tulisan Ahmad Henry (saya) yang bertajuk “60 Tahun Islam di Bawah UMNO-BN:Terbelakah Islam”?

Untuk menjadi agen dropship buku ini, tiada sebarang yuran diperlukan. Harga pasaran buku ini ialah RM25. Manakala untuk agen dropship, hanya RM15.

Agen dropship cuma perlu iklankan gambar buku ini di blog atau facebook dan ambil tempahan pada harga pasaran. Setelah pembeli membuat belian, gunakan wang tersebut untuk membeli buku daripada kami pada harga RM15. Kami akan uruskan penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini: http://pustakaalmanhar.com/2011/10/agen-buku


Lima Tanda Awek Kita Tak Suka Kat Kita Dah







Oleh: Ahmad Henry

Sebelum saya memulakan bicara, saya nak sampaikan serangkap pantun dulu. Terimalah,

Kura-kura bermandi manda,
Bermandi manda dalam keranda,
Budi yang baik dikenang jua,
Dua tiga kucing berlari…

Yeaahhh….

Saya bukan la reti sangat cerita pasal cinta. Apa yang saya cerita ni adalah berdasarkan pengalaman hidup. Ya, pengalaman yang saya kutip daripada drama-drama dan filem Melayu.

Dari situ dapat la saya simpulkan beberapa tanda atau klu yang ditunjukkan oleh seseorang awek apabila dia mula boring bercouple dengan anda. Tanda-tanda, hint, atau klu yang saya maksudkan adalah seperti berikut.

Dia lupa nama anda

Awek anda seringkali tersilap memanggil nama anda. Kadang-kadang dia panggil Bro, kadang-kadang panggil Pakcik, dan sebagainya. Pada tahap yang lebih parah, dia berpura-pura meminjam dompet anda untuk melihat jenama dompet anda. Sebenarnya dia nak tengok nama anda kat ic.


Pura-pura nyanyuk atau gila

Awek anda berlakon seolah-olah dia dah gila dan kerasukan. Waktu dating, dia buat-buat meracau, mencarut, membebel sorang-sorang, dan menyanyi kuat-kuat di khalayak ramai. Awek anda tahu, anda takkan suka pada awek yang gila walaupun awek anda tu cun gila. Sebab tu la dia berpura-pura gila atau nyanyuk. Tujuanya supaya anda menjauhkan diri.

Makan petai, jering bila dating

Bila ajak dating, dan-dan la dia makan petai atau jering. Kemudian dia tak gosok gigi untuk mengekalkan aroma petai atau jering tu. Anda tentu berasa malu dengan awek yang macam ni. Esok lusa, dah tentu anda takkan keluar dengannya lagi. Ketahuilah, itu sebenarnya perancangan beliau semata-mata.

Kentut tanpa sekatan

Sebelum dating, dia akan makan makanan yang membuatkan perut kembung. Contohnya cempedak, nangka, roti luput tarikh, biskut masuk angin, dan sebagainya. Time tengah dating, dia akan kentut bertalu-talu dan laju laju supaya anda berasa malu untuk dating dengannya lagi. Hiyyeekkk!


Ajak main terjun jembatan

Awek anda akan ajak anda main terjun-terjun dari jembatan yang tinggi. Tapi, dia akan suruh anda terjun terlebih dulu supaya anda cepat mati. “You jump, I jump”. Bila anda dah terjun dan mati, dapatlah dia cari jantan lain.

Demikian la beberapa tanda yang awek anda dah tak suka  kat anda. Jika tanda-tanda ini ada pada awek anda, tingalkanlah dia cepat-cepat. "Kuntum bukan sebunga, kumbang bukan sebatang..."








Hukum Memperkatakan Keburukan Orang Lain

Oleh: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Soalan; Saya khilaf tentang satu perkara. Dewasa ini banyak fitnah kerana perbezaan fahaman politik. Ada kawan saya mengatakan ketua A itu peminum arak dan kafir. Apabila saya katakan  tidak mahu mendengar kerana takutkan itu fitnah, beliau mengatakan kepada saya, menurut ustaz beliau, politik adalah hak bersama. Semua orang perlu tahu, tidak kisahlah sama ada betul atau tidak. Tapi bukankah menyebarkan berita yang buruk tentang seseorang apatah lagi diragui kesahihannya adalah mendatangkan fitnah? Harap ustaz dapat berikan saya penerangan.

Jawapan;


1. Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya - tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat- kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan). Sama ada mengumpat (ghibah) atau fitnah, kedua-duanya adalah dosa besar, apatah lagi jika menggabungkan kedua-duanya.

Dalam Soheh Muslim, terdapat hadis daripada Abu Hurairah yang menceritakan; Nabi pernah bertanya para sahabatnya; "Tahukah kamu apa itu ghibah (umpatan)?". Mereka menjawab; "Allah dan Rasul-Nya lah yang paling tahu". Nabi menjawab; "Ghibah (umpatan) ialah kamu menyebut tentang saudara kamu sesuatu yang ia tidak suka". Lalu seorang bertanya Nabi; "Apa pandangan kamu ya Rasulullah jika apa yang aku sebutkan tentang saudaraku benar-benar ada pada pada dirinya". Jawab Nabi; "Jika ia benar-benar ada pada dirinya, lalu kamu menyebutnya, maka kamu mengumpatinya. Namun jika ia tidak ada padanya, lalu kamu menyebutnya (dengan mereka-rekanya), maka kamu telah mengadakan suatu pembohongan terhadapnya" (HR Imam Muslim, Kitab al-Birr wa as-Silah, bab Tahrim al-Ghibah).

2. Bagi masalah ghibah (iaitu menceritakan/mendedah keburukan orang lain atau menyebut orang lain dengan suatu nama yang buruk) dikecualikan bagi enam situasi berikut mengikut yang dijelaskan oleh para ulama (antara Imam an-Nawawi dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim dan Riyadhus-Salihin);

a) Apabila diri dizalimi; Harus orang yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, kadi atau pihak berkuasa lainnya dengan menceritakan keburukan atau kezaliman orang yang menzaliminya.

b) Memohon bantuan untuk mengubah suatu kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran. Seperti seorang melaporkan kapada pihak yang berkuasa mengubah kemungkaran; "Si Fulan telah melakukan perbuatan sekian sekian, tegahlah ia".

c) Bertujuan mendapatkan fatwa (pandagan agama); Seperti Hindun yang mengadu kepada Nabi sikap kedekut suaminya. Ia berkata kepada Nabi; "Ya Rasulullah, suamiku Abu Sufyan seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil wangnya tanpa diketahuinya?".

d) Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga daripada suatu kejahatan; Seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.

e) Seorang yang berterang-terangan melakukan dosa atau kesesatan seperti berterang-terang minum arak, berterang-terang menganut fahaman sesat atau seumpamanya. Orang sebegini harus disebut tentang dirinya dengan maksiat yang dilakukannya secara terang itu. Adapun maksiat yang dilakukannya secara tersembunyi, tidak harus disebut kecuali ada suatu sebab yang lain.

f) Untuk memperkenalkan seseorang; Harus menyebut seseorang dengan suatu gelaran jika ia masyhur dikenali dengan gelaran itu. Haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan martabat orang lain.
Dalam enam situasi di atas, dibolehkan kita memperkatakan/mendedahkan keburukan orang lain kerana mempunyai tujuan yang diharuskan syariat untuk maslahah yang lebih besar daripada maslahah individu yang diperkatakan keburukannya.

3. Oleh sebab hukum mengumpat adalah haram pada hukum asalnya dan dosanya adalah besar, maka orang yang terpaksa menggunakan pengecualian di atas ia hendaklah memerhatikan perkara berikut;

a) Memerhati niat dalam hatinya; apakah ia benar-benar terpaksa memperkatakannya atau hanya lahir daripada keinginan nafsunya sahaja. Jika hati benar-benar berkata; "Aku wajib mendedahkannya demi agama dan ummah", maka bertawakkallah kepada Allah dan teruskanlah apa yang diyakini. Namun jika hati berkata; "Ini hanya keinginan nafsu sahaja", batalkanlah niat untuk berkata tentang orang lain itu, kerana padah yang bakal kita terima tidak padan dengan sedikit kepuasan yang kita dapat.

b) Hendaklah mengukur natijah darinya; adakah dengan memperkatakannya akan membawa kesan lebih baik atau dengan senyap sahaja dan mencari pendekatan lain yang lebih baik untuk membetulkan orang terbabit.

c) Setiap yang dilakukan kerana darurat (kerana hukum asalnya adalah haram) tidak harus berlebihan, yakni dilakukan sekadar perlu sahaja.

d) Maksiat yang dilakukan berkait dengan orang lain, yakni pendedahan terpaksa dilakukan untuk mengelak orang lain turut terlibat atau terzalimi jika mereka tidak mengetahuinya. Adapun maksiat yang bersifat peribadi tidak harus didedahkan kerana ia adalah dosa antara pelakunya dengan Allah. Sesuatu yang ditutup Allah, tidak berhak kita membukanya kerana nanti keaiban kita pula akan dibuka Allah.

SUMBER: Harakah Daily

Kenapa Pondok Tanjung Begitu Misterius?



Oleh: Cikgu Henry

Kudus ialah seorang anak yang soleh dan comel. Pada satu hari, dia ke kedai untuk membeli telur yang dipesan oleh ibunya.

Dalam perjalanan melalui Pondok Tanjung, berlaku satu kemalangan antara sebuah motosikal dengan sebuah rumah, . . . eh! Silap . . . .dengan sebuah bas sekolah.

Kemalangan itu sangat ngeri kerana menyebabkan badan si penunggang motosial itu berkecai. Kudus berasa takut dan cemas, lalu berpatah balik ke rumah tanpa sempat membeli telur. Beliau menceritakan hal kemalangan itu kepada ibunya.

“Ngeri mak. Badan orang tu berkecai. Tangannya putus, tercampak atas bumbung bas. Kepalanya tercabut, jatuh dalam paya”, cerita Kudus kepada ibunya.

Kemudian, ibu Kudus mencelah.

“Telurnya mana?”

Kudus pun menjawab,

“Tak perasan pulak kat mana tercampak”, jawab Kudus dengan muka yang serius.

 The mori of storal: Pandulah berhati-hati.


MISTERI PONDOK TANJUNG: Timbang Misteri di Bilek Guru



Oleh: Cikgu Ahmad Henry


Bila tiba bulan Ramadhan, ramai la cikgu-cikgu di SMKSB membuat ‘spotcheck’ ke atas berat badan masing-masing. Ada yang beratnya berkurang. Ada juga yang makin bertambah kerana terlalu banyak memakan makanan ketika berbuka puasa.

Di bilik guru sekolah tersebut, terdapat sebuah penimbang berat yang pelik dan misteri. Pelik, sebab sesiapa yang menimbang berat badan, alat penimbang tersebut akan mengeluarkan suara memberitahu berapakah berat badan orang yang sedang menimbang.

Dipercayai, alat penimbang itu telah dijumpai oleh seorang guru di Pondok Tanjung. Guru itu dipercayai memandu perodua Myvi.

Pada satu hari, ada tiga orang guru ingin menimbang berat mereka. Guru pertama bernama Puan Sakinah. Dia pun berdiri di atas timbang. Lalu timbang pun bersuara,

“56 kilo”.

Guru kedua bernama Puan Kelesom. Seperti guru pertama, dia berdiri di atas penimbang.

“58 kilo”, jawab timbang.

Kemudian tiba giliran guru ketiga iaitu Encik Kudus Bin Meon. Beliau berbadan agak besar dan montel serta comel. Apabila beliau berdiri di atas timbang, berkatalah timbang itu,

“Tolong jangan naik ramai-ramai, saya tak dapat nak baca”, kata si timbang membuatkan Encik Kudus berasa pilu.

Sekian . . . . .Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Duit Raya untuk Kakitangan Awam ?




PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.

Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.

Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.

Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam. 
 
SUMBER : Berita Hairan
 
 

Koleksi Gambar Hari Sukan SMKSB 2012


Berikut ialah gambar-gambar Hari Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor (SMKSB) yang berlangsung pada Jumaat, 22 Jun 2012, bersamaan 2 Syaaban 1433 Hijrah.

Tahniah kepada semua warga SMKSB yang terlibat.


Perbarisan Rumah Delima. Dapat nombor last sekali . . .hehe


Rumah Nilam kut . . .


Rumah Zamrud yang berwarna hijau. Kemain lagi dia punya lagkah.



Lagi rumah Zamrud


Dulu dan sekarang . . .


Rumah Mutiara


Rumah Delima lagi sekali


Rumah Kuarters.

Cikgu Lofa Kena Gosip dengan Robot Misteri




Oleh: Cikgu Ahmad Henry 

Bedul ialah seorang budak berumur enam tahun. Pada suatu hari, Bedul berasa sangat boring. Dia pun menelan sebijik buah dam untuk menghilangkan boringnya. Bedul tercekik lalu mati di tempat kejadian. 

Tidak ada siapa yang melihat apa yang terjadi kepada Bedul, kecuali seorang saintis iaitu Profesor Kulop. Beliau melarikan mayat Bedul lalu dibawanya ke makmal uji kajinya. Di makmal itu, Prof Kulop telah mengambil organ-organ penting Bedul. Beliau telah ‘menghidupkan’ Bedul kembali. Tetapi, kini Bedul bukan lagi seorang manusia. Bedul hanyalah sebuah mesin yang menyerupai dirinya. 

Robot yang dihasilkan oleh Prof Kulop sangat canggih. Rupa bentukya sebijik macam Bedul yang asal. Malah, sistem biologi Bedul sebagai manusia berfungsi dengan baik. Bedul boleh menikmati makanan, berak, cirit-birit, main Facebook, dan sebagainya. Hanya satu kelemahan Bedul, dia tak ada perasaan. 

Bedul membesar sebagai seorang jejaka yang agak kacak (boleh la). Beliau melanjutkan pelajaran di sebuah maktab perguruan. Tak lama lepas tu, Bedul bertugas sebagai seorang guru. Di sekolah, Bedul menjadi guru seperti yang dibelajarnya di maktab dulu. Bedul memang skima. . . . tak boleh blah. Apa yang dia belajar dulu, diikutnya bulat-bulat. 

Oleh kerana Cikgu Bedul seorang yang skima dan gramatis, segelitir pelajar lelaki yang nakal dan comot amat membenci dirinya. Cikgu Bedul tahu akan hal tu, tapi dia tak takut. Macam mana Cikgu Bedul nak takut, dia bukan ada perasaan pun. Cikgu Bedul buat tak kisah bila namanya sering dicoteng di dinding tandas, dinding gua, malah kadang-kadang pelajar-pelajar nakal tu tercoteng di muka Penolong Kanan. . . .ish ish.

Cikgu Bedul Kena Gosip

Pada satu hari, Cikgu Bedul menyapa seorang guru perempuan. Nama guru perempuan itu ialah Neelofa binti So’od. Beliau ingin berkawan dengan guru perempuan tersebut kerana sudah boring berkawan dengan guru lelaki. Tanpa disedari, ada mata yang sedang memerhatikan gelagat Cikgu Bedul yang sedang berbual dengan Cikgu Neelofa. 

Keesokkan harinya, kecoh satu sekolah kononnya Cikgu Bedul dan Cikgu Neelofa berkapel. Gosip terus menular ibarat wabak taun merebak di sebuah perkampungan. 

Cikgu Neelofa tensyen dengan apa yang berlaku. Dia menyangka Cikgu Bedul yang sengaja mencetuskan gosip-gosip tersebut supaya semua orang tahu mereka ialah pasangan kapel. Dia betul-betul marah. Sebagai tanda protes, Cikgu Neelofa telah melakukan mogok lapar selama tiga hari satu malam. Berat badan Cikgu Neelofa kurang sebanyak lapan kilo. 

Cikgu Bedul yang mengetahui akan hal itu berasa serba salah. Beliau kesal kerana niatnya yang baik telah disalah erti oleh orang, termasuk Cikgu Neelofa sendiri. Cikgu Bedul tidak lagi menghubungi mahupun menegurnya sejak hari itu. Sangkaannya, cara itu boleh meredakan segala kontrovesi. 

Walaupun Cikgu Bedul tidak lagi menghubungi Cikgu Neelofa, gosip terus menular. Mula-mula Cikgu Bedul rasa macam nak sedih atas semua yang berlaku. Tapi bila dia teringat yang dia tak ada perasaan, dia pun tak jadi nak sedih . . . haha.

Cikgu Bedul Meminta Maaf

Dipendekkan cerita, 
Pada satu petang Isnin yang sangat syahdu iaitu selepas waktu sekolah, Cikgu Bedul bergegas ke sebuah kedai hadiah untuk membeli Teddy Bear bersaiz besar. Beliau ingin memberikan Teddy Bear kepada Cikgu Neelofa sebagai tanda meminta maaf. Pada hal ketika itu Cikgu Bedul tidak berapa sihat kerana malam tadinya dia terlupa menutup mata ketika tidur, menyebabkan tenaganya menjadi kurang. 

Tapi beliau berkeras untuk memandu seorang diri dengan jarak perjalanan kira-kira sejam itu (kira-kira dari Selama ke Taiping). Apabila sampai di rumah, Cikgu Bedul menyembunyikan Teddy Bear tersebut di dalam lemari baju supaya tidak dilihat oleh rakan serumahnya. 
Malangnya, Cikgu Neelofa tidak mahu berjumpa dengannya lagi apatah lagi menerima hadiah tersebut. 

“Kita tak ada apa-apa kaitan. Awak jangan mengharap apa-apa dari saya lagi”, antara kata-kata Cikgu Neelofa kepada Cikgu Bedul. 

Sekali lagi Cikgu Bedul rasa macam nak sedih. Tapi, tiba-tiba datang seekor pari-pari terbang mundar mandir di sisinya. Berkatalah pari pari itu, 

“Wahai sedaraku yang kacak. Sedara tak sedih ke atas apa yang berlaku? Buat apa sedara menyusahkan diri membuat benda yang sia-sia?”, Tanya si pari pari. 

Lalu Cikgu Bedul menjawab, “Saya tak rasa ini sia-sia. Saya juga tak rasa sedih . . . kerana saya tak ada perasaan. Saya hanya sebuah mesin yang tak selayaknya dilayan seperti seorang manusia.”, kata Cikgu Bedul seraya mencampakkan Teddy Bear yang dibelinya itu ke dalam sungai Perak. 


Benarkah Captain Jack Sparrow Orang Islam?




Artikel ni saya ambil (copy paste) dari Facebook seorang kawan. Dah lama saya tahu pasal artikel ni. Malah, saya pernah cerita pada seorang kawan mengenai fakta "betui ke Jack Sparrow orang Islam?". Kawan saya suruh saya cari sumber artikel ni. Katanya jangan terus percaya.

Tapi sampai la ni, saya masih tak kaji lebih mendalam kesahihan fakta ni. Maklum la, bizi kat sekolah. Jadi, saya serahkan kepada ada untuk explore lebih lanjut mengenai artikel ni. Jom sama-sama baca artikel yang saya maksudkan.

RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England. 

Nama sebenarnya adalah John Ward ataupun Birdy. Agama asalnya adalah Kristian. Setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis. Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion. 

Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentang John Ward. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang. 

Lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khalifah Turki Utsmani Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah. 

Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya. Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah. 

Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih. 

  
Imam Suhaib Webb sering muncul di TV Al Hijrah, Astro dan juga di radio IKIM. Beliau ialah individu yang membuat kajian terhadap sejarah Jack Sparrow.


SUMBER:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=427352700628614&set=a.398828650147686.92794.398821230148428&type=1&ref=nf 


Sejarah Freemasonry dalam Pentadbiran Malaysia





Oleh: Ahmad Henry 

Pada 25 Oktober 1978 iaitu ketika berlangsungnya persidangan Parlimen, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan organisasi Freemason didaftar dengan banyaknya di Malaysia. 

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa membangkitkan persoalan itu kepada Tun Hussein Onn yang juga Perdana Menteri ketika itu. Beliau mendedahkan organisasi Freemason ketika itu sudah melebihi 55 lodges (bangunan seperti kuil) dan ahlinya pula sudah mencapai 2,984 orang termasuk seorang berjawatan menteri. Pada waktu itu, rata-rata umat Islam sudah mengetahui bahawa organisasi Freemason ini ditubuhkan untuk menghancurkan umat Islam pada masa depan. 

Justeru, amat memeranjatkan apabila Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Tan Sri Ghazali Shafie mendakwa pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang pendaftaran pertubuhan itu. Pada hari ini, organisasi Freemason berkembang pesat dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. 

Lebih mendukacitakan, ramai profesionalisme Islam termasuk ahli politik menyertai organisasi ini. 

Berikut ialah senarai bangunan Freemason atau lodge yang masih aktif di Malaysia: 
• No. 100, Jalan Junid, 84000, Muar, Johor 
• Jalan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. 
• No. 136, Jalan Utama, Georgetown. 
• No. 27, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. 
• Jalan Chan Koon Cheng, 75000, Melaka. 
• Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan. 

RUJUKAN:  
Ibnu Yaacob. 2010. Rahsia Simbol Yahudi, Kulim-Kedah, Moon Media Enterprise.