Beliau (awek) akan jadi pengganggu jika anda belum ada
cita-cita untuk bernikah, atau sekadar untuk jadikannya ‘toy’. Jika anda
teruskan aktiviti ini, pastinya matlamat utama anda tadi terganggu. Anda
terpaksa menghabiskan wang untuk beli kereta tadi untuk awek yang tiada apa-apa
faedah ini.
Oleh: Cikgu Ahmad Henry
Apakah matlamat atau cita-cita terakhir anda? Imbas kembali,
apakah matlamat tersebut tercapai atau sebaliknya. Dan jika matlamat tersebut
sudah tercapai, apakah jalan yang anda lalui itu penuh liku, atau jalan lurus
lagi elok dan nyaman?
Bagi seorang pelajar, matlamat utama mereka ialah berjaya dalam
bidang pendidikan. Bagi seorang ahli politik yang ikhlas, matlamat utama mereka
ialah meraih kuasa politik untuk digunakan ke arah yang wajar. Bagi seorang
pemuda yang baru kerja, kemungkinan mereka mempunyai matlamat untuk memiliki
kereta idaman.
Ramai antara golongan yang saya sebutkan di atas gagal
mengecap matlamat atau cita-cita masing-masing. Ia berpunca daripada beberapa
sebab yang saya namakan di sini sebagai ‘pengganggu’. Semua pengganggu ini
perlu disingkir agar matlamat yang kita telah tetapkan dapat dicapai dengan
sedikit longgar.
Siapa
Pengganggu-pengganggu ini?
Katakan seorang pemuda telah menetapkan untuk membeli kereta
idamannya pada sekian-sekian tarikh atau tempoh tertentu. Beliau akan
berhadapan dengan beberapa kemungkinan yang bakal menjadi pengganggu. Pertama,
sudah tentulan tuntutan untuk memiliki material lain seperti rumah, motosikal,
gajet, pakaian, dan sebagainya akan mengganggu matlamat tersebut.
Kedua, tuntutan bersifat berangkai atau berulang-ulang. Bagi
seorang pemuda, fitrah untuk memiliki awek memang sangat mendesak. Tapi, apakah
awek itu menjadi sebahagian matlamat atau sekadar pengganggu?
Beliau (awek) akan jadi pengganggu jika anda belum ada
cita-cita untuk bernikah, atau sekadar untuk jadikannya ‘toy’. Jika anda
teruskan aktiviti ini, pastinya matlamat utama anda tadi terganggu. Anda
terpaksa menghabiskan wang untuk beli kereta tadi untuk awek yang tiada apa-apa
faedah ini.
Bukan Semua Benda ialah
Pengganggu
Anda perlu pastikan terlebih dahulu matlamat mana yang
menjadi keutamaan. Kebiasaannya, setiap matlamat akan disusuli oleh beberapa
matlamat kecil. Dalam pada mengejar matlamat utama, submatlamat juga perlu diberi
perhatian. Namun, tumpuan terhadapnya pastikan tidak akan menjejaskan matlamat
utama tadi. Matlamat kecil ini perlu diurus dengan baik. Jika tidak, ia juga
akan menjadi pengganggu.
Sebagai seorang Muslim pula, pastikan matlamat yang kita
tetapkan itu tidak mengingkari matlamat utama kita sebagai hamba di muka bumi
Allah s.w.t. ini.
Join The Community