Hari Guru di
Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai satu penghargaan kepada para
guru.
Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam
tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar
pelajaran bagi negara kita.
Hari Guru bukan sahaja disambut di Malaysia tetapi disambut di seluruh dunia.Di
India, Hari Guru disambut pada
September 5, sempena hari lahir
Dr Sarvepalli Radhakrishnan,
Presiden India yang kedua dan merupkan seorang pendidik terkenal. Di
sesetengah sekolah pada hari itu, tanggungjawab mengajar diambil oleh
pelajar-pelajar senior untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap
guru-guru. Secara tradisional, masyarakat India telah memberi
penghormatan besar kepada para guru. Suatu
peribahasa
India lama yang biasanya diajar kepada kanak-kanak memberikan darjat
yang sangat tinggi kepada guru sehingga lebih tinggi daripada
Tuhan: Peribahasa itu berbunyi "Maa, Pitha, Guru, Daivam", yang bermakna Ibu, Ayah, Guru, Tuhan.
Hari Guru Antarabangsa di
Amerika Latin jatuh pada
11 September , sempena memperingati kematian
Domingo Faustino Sarmiento, iaitu seorang pendidik dan ahli politik
Argentina. Hal ini telah diluluskan pada 1943 ketika
Interamerican Conference on Education, di
Panama. Walau bagaimanapun, hari guru peringkat kebangsaan disambut pada hari yang berbeza berdasarkan sejarah tersendiri. Di
Brazil, hari guru disambut pada
15 Oktober, di
Mexico, pada 27 September 1917,
Kongres Persekutuan mengisytiharkan
15 Mei sebagai hari guru. Sambutan pertama diadakan pada tahun
1918. Di
Albania, Hari Guru ialah hari cuti tidak rasmi yang diadakan pada
7 Mac, sehari sebelum hari ibu yang jatuh pada 8 Mac. Di
China pula, Hari Guru diraikan pada
10 September semenjak 1985, iaitu salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan kepada profesional (dua lagi ialah
hari jururawat dan
hari wartawan).
Bagi Republik Czech, Hari Guru (Den učitelů) merupakan hari cuti tidak rasmi iaitu pada
28 Mac, bersempena hari lahir Jan Ámos Komenský (
Comenius).
Kanak-kanak akan membawa bunga untuk dihadiahkan kepada guru mereka.
Pegawai-pegawai awam menggunakan hari terrsebut untuk menghargai kerjaya
berkenaan (contoh:
[1])dan memberi hadiah kepada guru-guru terbaik.
Join The Community