Join The Community

Premium WordPress Themes

Cikgu Lofa Kena Gosip dengan Robot Misteri




Oleh: Cikgu Ahmad Henry 

Bedul ialah seorang budak berumur enam tahun. Pada suatu hari, Bedul berasa sangat boring. Dia pun menelan sebijik buah dam untuk menghilangkan boringnya. Bedul tercekik lalu mati di tempat kejadian. 

Tidak ada siapa yang melihat apa yang terjadi kepada Bedul, kecuali seorang saintis iaitu Profesor Kulop. Beliau melarikan mayat Bedul lalu dibawanya ke makmal uji kajinya. Di makmal itu, Prof Kulop telah mengambil organ-organ penting Bedul. Beliau telah ‘menghidupkan’ Bedul kembali. Tetapi, kini Bedul bukan lagi seorang manusia. Bedul hanyalah sebuah mesin yang menyerupai dirinya. 

Robot yang dihasilkan oleh Prof Kulop sangat canggih. Rupa bentukya sebijik macam Bedul yang asal. Malah, sistem biologi Bedul sebagai manusia berfungsi dengan baik. Bedul boleh menikmati makanan, berak, cirit-birit, main Facebook, dan sebagainya. Hanya satu kelemahan Bedul, dia tak ada perasaan. 

Bedul membesar sebagai seorang jejaka yang agak kacak (boleh la). Beliau melanjutkan pelajaran di sebuah maktab perguruan. Tak lama lepas tu, Bedul bertugas sebagai seorang guru. Di sekolah, Bedul menjadi guru seperti yang dibelajarnya di maktab dulu. Bedul memang skima. . . . tak boleh blah. Apa yang dia belajar dulu, diikutnya bulat-bulat. 

Oleh kerana Cikgu Bedul seorang yang skima dan gramatis, segelitir pelajar lelaki yang nakal dan comot amat membenci dirinya. Cikgu Bedul tahu akan hal tu, tapi dia tak takut. Macam mana Cikgu Bedul nak takut, dia bukan ada perasaan pun. Cikgu Bedul buat tak kisah bila namanya sering dicoteng di dinding tandas, dinding gua, malah kadang-kadang pelajar-pelajar nakal tu tercoteng di muka Penolong Kanan. . . .ish ish.

Cikgu Bedul Kena Gosip

Pada satu hari, Cikgu Bedul menyapa seorang guru perempuan. Nama guru perempuan itu ialah Neelofa binti So’od. Beliau ingin berkawan dengan guru perempuan tersebut kerana sudah boring berkawan dengan guru lelaki. Tanpa disedari, ada mata yang sedang memerhatikan gelagat Cikgu Bedul yang sedang berbual dengan Cikgu Neelofa. 

Keesokkan harinya, kecoh satu sekolah kononnya Cikgu Bedul dan Cikgu Neelofa berkapel. Gosip terus menular ibarat wabak taun merebak di sebuah perkampungan. 

Cikgu Neelofa tensyen dengan apa yang berlaku. Dia menyangka Cikgu Bedul yang sengaja mencetuskan gosip-gosip tersebut supaya semua orang tahu mereka ialah pasangan kapel. Dia betul-betul marah. Sebagai tanda protes, Cikgu Neelofa telah melakukan mogok lapar selama tiga hari satu malam. Berat badan Cikgu Neelofa kurang sebanyak lapan kilo. 

Cikgu Bedul yang mengetahui akan hal itu berasa serba salah. Beliau kesal kerana niatnya yang baik telah disalah erti oleh orang, termasuk Cikgu Neelofa sendiri. Cikgu Bedul tidak lagi menghubungi mahupun menegurnya sejak hari itu. Sangkaannya, cara itu boleh meredakan segala kontrovesi. 

Walaupun Cikgu Bedul tidak lagi menghubungi Cikgu Neelofa, gosip terus menular. Mula-mula Cikgu Bedul rasa macam nak sedih atas semua yang berlaku. Tapi bila dia teringat yang dia tak ada perasaan, dia pun tak jadi nak sedih . . . haha.

Cikgu Bedul Meminta Maaf

Dipendekkan cerita, 
Pada satu petang Isnin yang sangat syahdu iaitu selepas waktu sekolah, Cikgu Bedul bergegas ke sebuah kedai hadiah untuk membeli Teddy Bear bersaiz besar. Beliau ingin memberikan Teddy Bear kepada Cikgu Neelofa sebagai tanda meminta maaf. Pada hal ketika itu Cikgu Bedul tidak berapa sihat kerana malam tadinya dia terlupa menutup mata ketika tidur, menyebabkan tenaganya menjadi kurang. 

Tapi beliau berkeras untuk memandu seorang diri dengan jarak perjalanan kira-kira sejam itu (kira-kira dari Selama ke Taiping). Apabila sampai di rumah, Cikgu Bedul menyembunyikan Teddy Bear tersebut di dalam lemari baju supaya tidak dilihat oleh rakan serumahnya. 
Malangnya, Cikgu Neelofa tidak mahu berjumpa dengannya lagi apatah lagi menerima hadiah tersebut. 

“Kita tak ada apa-apa kaitan. Awak jangan mengharap apa-apa dari saya lagi”, antara kata-kata Cikgu Neelofa kepada Cikgu Bedul. 

Sekali lagi Cikgu Bedul rasa macam nak sedih. Tapi, tiba-tiba datang seekor pari-pari terbang mundar mandir di sisinya. Berkatalah pari pari itu, 

“Wahai sedaraku yang kacak. Sedara tak sedih ke atas apa yang berlaku? Buat apa sedara menyusahkan diri membuat benda yang sia-sia?”, Tanya si pari pari. 

Lalu Cikgu Bedul menjawab, “Saya tak rasa ini sia-sia. Saya juga tak rasa sedih . . . kerana saya tak ada perasaan. Saya hanya sebuah mesin yang tak selayaknya dilayan seperti seorang manusia.”, kata Cikgu Bedul seraya mencampakkan Teddy Bear yang dibelinya itu ke dalam sungai Perak.