Aku Ada Kerna Kau Ada
Posted by Blog Cikgu Henry on 09:36. ISU SEMASA -
Oleh: Cikgu Ahmad Henry
Siapa Aku Sebelum Hari Ini ?
Beberapa minggu sebelum menjadi guru, aku ialah seorang pekerja di sebuah kedai buku. Kerja di kedai buku ni bagi aku sangat tak best. Kerjanya sangat meletihkan, tak boleh duduk. Gajinya sedikit, hanya RM700. Nak solat pun payah.
Bila dilantik menjadi guru, aku sangat bersyukur. Walaupun makin hari makin mencabar, tapi bagi aku bertugas sebagai guru tak la seteruk kerja-kerja yang aku pernah buat sebelum ni. Aku pernah bekerja di kedai makan seawal usia 13 tahun. Kerja kutip kelapa sawit sewaktu di tingkatan tiga. Kerja kilang keropok dan kilang ubat nyamuk masa menengah atas. Dan, kerja sebagai jurujual sebelum masuk UPSI.
Secara kebetulan, memang aku minat untuk jadi guru sejak di tingkatan lima lagi. Jadi, menjadi guru bagi aku bukanlah satu pekerjaan yang susah sangat. Sikit-sikit tu ade la.
Kenapa Aku di Sini?
Satu lagi perkara yang menyebabkan aku masih bertahan dalam dunia perguruan walaupun setiap hari berhadapan dengan pelajar-pelajar bermasalah ialah kerana sebaris ayat ini, "Aku ada, kerna kau ada".
Adanya aku di sekolah adalah kerana adanya jawatan guru itu sendiri. Adanya jawatan guru kerana adanya pelajar. Kalau pelajar takde, dah tentu guru pun tak diperlukan. Dan, dah tentu hari ni aku bukan seorang guru.
Kepada diri aku sendiri, dan kepada guru-guru lain umumnya, membentuk sahsiah pelajar itu adalah amanah. Marilah kita sama-sama menunaikan amanah tersebut.
Hari ini mungkin kita mengeluh bila murid yang kita nak bentuk tak mahu berubah-ubah. Tapi yakinlah bahawa hidayah untuk pelajar itu bukan kita yang beri. Kita hanya berusaha tanpa henti. Yang memberikan mereka hidayah ialah Allah s.w.t. Kalau bukan sekarang, mungkin selepas mereka habis sekolah nanti mereka berubah, Insya Allah.
Akhir kata, jangan pulak korang frust bila baca sampai habis, tapi tak jumpa pun cerita-cerita jiwang. Walaupun tajuk ni jiwang, tapi isinya tak la jiwang mana. Kalau tak buat tajuk jiwang, sumpah korag tak baca . . .kelaut le jawabnya . . hehe.
Assalammualaikum.
Cara Membuat Auto Blog Untuk Blogspot
Posted by Blog Cikgu Henry on 09:02. LITERASI KOMPUTER -
Auto Blog
Auto blog ialah blog yang diupdate secara automatik. Posting atau artikel blog tersebut akan bertambah secara automatik tanpa perlu pemilik blog tersebut memasukkan posting secara manual setiap hari.
Di bawah ialah video panduan untuk membuat autoblog. Jom menontonnya bersama-sama.
Guru Ditumbuk Oleh Pelajar Merokok
Posted by Blog Cikgu Henry on 03:11. ISU SEMASA -
Penumbuk yang Comel
“Ketika mengadakan perjumpaan guru berkenaan bertindak menasihati pelajar berkenaan sebelum ditumbuk rakan pelajar berkenaan menggunakan buku lima,”
LABUAN 6 April – Tindakan murni seorang guru menegur pelajarnya yang merokok di hadapan sekolah membawa padah apabila ditumbuk kumpulan pelajar berkenaan dengan menggunakan senjata buku lima, semalam.
Ketua Polis Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, kejadian berlaku pukul 5.30 petang itu menyebabkan guru berkenaan mengalami luka kecil dan lebam di bahagian muka.
“Berdasarkan laporan, guru berkenaan telah menegur seorang pelajar yang merokok di hadapan sekolah sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang ingin berjumpanya di kawasan Kerupang di sini.
“Ketika mengadakan perjumpaan guru berkenaan bertindak menasihati pelajar berkenaan sebelum ditumbuk rakan pelajar berkenaan menggunakan buku lima,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan suspek boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun dan denda atau sebatan.
Sumber: http://www.labuan.net/
Join The Community