1. Buka link laman web berikut untuk login/sign up blog.
2. Laman web template.
Aku Ada Kerna Kau Ada . . . . Kau Ada ? ?
Pada 7 April lalu, bersamaan dengan hari Ahad, telah berlangsung peristiwa yang amat penting dalam hidup aku iaitu majlis pertunanganku bersama gadis pilihan hati.
Baca SelanjutnyaHari Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor (SMKSB) yang berlangsung pada Jumaat, 22 Jun 2012, bersamaan 2 Syaaban 1433 Hijrah. Tahniah kepada semua warga SMKSB yang terlibat.
Baca Selanjutnya"Setiap yang hidup pasti akan meninggal. Setiap perjumpaan pasti ada perpisahan. Segala salah dan silap, harap dimaafi. (SMK Convent, Klang, 2010)."
Baca Selanjutnya"Kalau ada lombong di ladang, boleh saya tumpang mandi. Kalau ada umur panjang, harap dapat berjumpa lagi."
Baca SelanjutnyaDunia hari ini, undang-undang tidak mengizinkan guru menlaksanakan kerjanya sebagai 'guru'. Jadi, mari kita ketawa lagi . .ha ha ha.
Baca Selanjutnya
Pada satu petang Isnin yang sangat syahdu iaitu selepas waktu sekolah, Cikgu Bedul bergegas ke sebuah kedai hadiah untuk membeli Teddy Bear bersaiz besar. Beliau ingin memberikan Teddy Bear kepada Cikgu Neelofa sebagai tanda meminta maaf. Pada hal ketika itu Cikgu Bedul tidak berapa sihat kerana malam tadinya dia terlupa menutup mata ketika tidur, menyebabkan tenaganya menjadi kurang.Tapi beliau berkeras untuk memandu seorang diri dengan jarak perjalanan kira-kira sejam itu (kira-kira dari Selama ke Taiping). Apabila sampai di rumah, Cikgu Bedul menyembunyikan Teddy Bear tersebut di dalam lemari baju supaya tidak dilihat oleh rakan serumahnya.
RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England.Nama sebenarnya adalah John Ward ataupun Birdy. Agama asalnya adalah Kristian. Setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis. Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentang John Ward. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang.Lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khalifah Turki Utsmani Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah.Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya. Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah.Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih.
Copyright 2012 Blog Cikgu Henry
Designed by Cikgu Henry |
Bloggerized by Ahmad Henry - Pustaka Al Manhar
Top Hosting | website development | websites for accountants
Join The Community