Join The Community

Premium WordPress Themes

Guru Ditumbuk Oleh Pelajar Merokok


 
Penumbuk yang Comel
 
“Ketika mengadakan perjumpaan guru berkenaan bertindak menasihati pelajar berkenaan sebelum ditumbuk rakan pelajar berkenaan menggunakan buku lima,” 
LABUAN 6 April – Tindakan murni seorang guru menegur pelajarnya yang merokok di hadapan sekolah membawa padah apabila ditumbuk kumpulan pelajar berkenaan dengan menggunakan senjata buku lima, semalam. 

Ketua Polis Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, kejadian berlaku pukul 5.30 petang itu menyebabkan guru berkenaan mengalami luka kecil dan lebam di bahagian muka. 

 “Berdasarkan laporan, guru berkenaan telah menegur seorang pelajar yang merokok di hadapan sekolah sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang ingin berjumpanya di kawasan Kerupang di sini. 

“Ketika mengadakan perjumpaan guru berkenaan bertindak menasihati pelajar berkenaan sebelum ditumbuk rakan pelajar berkenaan menggunakan buku lima,” katanya di sini hari ini. 

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan suspek boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun dan denda atau sebatan.

Sumber: http://www.labuan.net/