Join The Community

Premium WordPress Themes

Aku Ada Kerna Kau Ada

Oleh: Cikgu Ahmad Henry


 

Siapa Aku Sebelum Hari Ini ?

Beberapa minggu sebelum menjadi guru, aku ialah seorang pekerja di sebuah kedai buku. Kerja di kedai buku ni bagi aku sangat tak best. Kerjanya sangat meletihkan, tak boleh duduk. Gajinya sedikit, hanya RM700. Nak solat pun payah.

Bila dilantik menjadi guru, aku sangat bersyukur. Walaupun makin hari makin mencabar, tapi bagi aku bertugas sebagai guru tak la seteruk kerja-kerja yang aku pernah buat sebelum ni. Aku pernah bekerja di kedai makan seawal usia 13 tahun. Kerja kutip kelapa sawit sewaktu di tingkatan tiga. Kerja kilang keropok dan kilang ubat nyamuk masa menengah atas. Dan, kerja sebagai jurujual sebelum masuk UPSI. 

Secara kebetulan, memang aku minat untuk jadi guru sejak di tingkatan lima lagi. Jadi, menjadi guru bagi aku bukanlah satu pekerjaan yang susah sangat. Sikit-sikit tu ade la.

Kenapa Aku di Sini?

Satu lagi perkara yang menyebabkan aku masih bertahan dalam dunia perguruan walaupun setiap hari berhadapan dengan pelajar-pelajar bermasalah ialah kerana sebaris ayat ini, "Aku ada, kerna kau ada".

Adanya aku di sekolah adalah kerana adanya jawatan guru itu sendiri. Adanya jawatan guru kerana adanya pelajar. Kalau pelajar takde, dah tentu guru pun tak diperlukan. Dan, dah tentu hari ni aku bukan seorang guru. 

Kepada diri aku sendiri, dan kepada guru-guru lain umumnya, membentuk sahsiah pelajar itu adalah amanah. Marilah kita sama-sama menunaikan amanah tersebut. 

Hari ini mungkin kita mengeluh bila murid yang kita nak bentuk tak mahu berubah-ubah. Tapi yakinlah bahawa hidayah untuk pelajar itu bukan kita yang beri. Kita hanya berusaha tanpa henti. Yang memberikan mereka hidayah ialah Allah s.w.t. Kalau bukan sekarang, mungkin selepas mereka habis sekolah nanti mereka berubah, Insya Allah. 

Akhir kata, jangan pulak korang frust bila baca sampai habis, tapi tak jumpa pun cerita-cerita jiwang. Walaupun tajuk ni jiwang, tapi isinya tak la jiwang mana. Kalau tak buat tajuk jiwang, sumpah korag tak baca . . .kelaut le jawabnya . . hehe.

Assalammualaikum.