Join The Community

Premium WordPress Themes

Para Pengganggu Perlu Disingkir Untuk Capai Sesuatu Matlamat


Beliau (awek) akan jadi pengganggu jika anda belum ada cita-cita untuk bernikah, atau sekadar untuk jadikannya ‘toy’. Jika anda teruskan aktiviti ini, pastinya matlamat utama anda tadi terganggu. Anda terpaksa menghabiskan wang untuk beli kereta tadi untuk awek yang tiada apa-apa faedah ini.
 

 

Oleh: Cikgu Ahmad Henry
 
Apakah matlamat atau cita-cita terakhir anda? Imbas kembali, apakah matlamat tersebut tercapai atau sebaliknya. Dan jika matlamat tersebut sudah tercapai, apakah jalan yang anda lalui itu penuh liku, atau jalan lurus lagi elok dan nyaman?

Bagi seorang pelajar, matlamat utama mereka ialah berjaya dalam bidang pendidikan. Bagi seorang ahli politik yang ikhlas, matlamat utama mereka ialah meraih kuasa politik untuk digunakan ke arah yang wajar. Bagi seorang pemuda yang baru kerja, kemungkinan mereka mempunyai matlamat untuk memiliki kereta idaman.

Ramai antara golongan yang saya sebutkan di atas gagal mengecap matlamat atau cita-cita masing-masing. Ia berpunca daripada beberapa sebab yang saya namakan di sini sebagai ‘pengganggu’. Semua pengganggu ini perlu disingkir agar matlamat yang kita telah tetapkan dapat dicapai dengan sedikit longgar.

Siapa Pengganggu-pengganggu ini?

Katakan seorang pemuda telah menetapkan untuk membeli kereta idamannya pada sekian-sekian tarikh atau tempoh tertentu. Beliau akan berhadapan dengan beberapa kemungkinan yang bakal menjadi pengganggu. Pertama, sudah tentulan tuntutan untuk memiliki material lain seperti rumah, motosikal, gajet, pakaian, dan sebagainya akan mengganggu matlamat tersebut. 

Kedua, tuntutan bersifat berangkai atau berulang-ulang. Bagi seorang pemuda, fitrah untuk memiliki awek memang sangat mendesak. Tapi, apakah awek itu menjadi sebahagian matlamat atau sekadar pengganggu? 

Beliau (awek) akan jadi pengganggu jika anda belum ada cita-cita untuk bernikah, atau sekadar untuk jadikannya ‘toy’. Jika anda teruskan aktiviti ini, pastinya matlamat utama anda tadi terganggu. Anda terpaksa menghabiskan wang untuk beli kereta tadi untuk awek yang tiada apa-apa faedah ini.

Bukan Semua Benda ialah Pengganggu

Anda perlu pastikan terlebih dahulu matlamat mana yang menjadi keutamaan. Kebiasaannya, setiap matlamat akan disusuli oleh beberapa matlamat kecil. Dalam pada mengejar matlamat utama, submatlamat juga perlu diberi perhatian. Namun, tumpuan terhadapnya pastikan tidak akan menjejaskan matlamat utama tadi. Matlamat kecil ini perlu diurus dengan baik. Jika tidak, ia juga akan menjadi pengganggu.

Sebagai seorang Muslim pula, pastikan matlamat yang kita tetapkan itu tidak mengingkari matlamat utama kita sebagai hamba di muka bumi Allah s.w.t. ini.