Majlis Pertunanganku.

Pada 7 April lalu, bersamaan dengan hari Ahad, telah berlangsung peristiwa yang amat penting dalam hidup aku iaitu majlis pertunanganku bersama gadis pilihan hati.

Baca Selanjutnya

Hari Sukan SMKSB 2012

Hari Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor (SMKSB) yang berlangsung pada Jumaat, 22 Jun 2012, bersamaan 2 Syaaban 1433 Hijrah. Tahniah kepada semua warga SMKSB yang terlibat.

Baca Selanjutnya

Majlis Perpisahan

"Setiap yang hidup pasti akan meninggal. Setiap perjumpaan pasti ada perpisahan. Segala salah dan silap, harap dimaafi. (SMK Convent, Klang, 2010)."

Baca Selanjutnya

Majlis Perpisahan

"Kalau ada lombong di ladang, boleh saya tumpang mandi. Kalau ada umur panjang, harap dapat berjumpa lagi."

Baca Selanjutnya

Sama Ada Kita Peduli Atau Tak

Dunia hari ini, undang-undang tidak mengizinkan guru menlaksanakan kerjanya sebagai 'guru'. Jadi, mari kita ketawa lagi . .ha ha ha.

Baca Selanjutnya

Join The Community

Premium WordPress Themes

Kenapa Pondok Tanjung Begitu Misterius?



Oleh: Cikgu Henry

Kudus ialah seorang anak yang soleh dan comel. Pada satu hari, dia ke kedai untuk membeli telur yang dipesan oleh ibunya.

Dalam perjalanan melalui Pondok Tanjung, berlaku satu kemalangan antara sebuah motosikal dengan sebuah rumah, . . . eh! Silap . . . .dengan sebuah bas sekolah.

Kemalangan itu sangat ngeri kerana menyebabkan badan si penunggang motosial itu berkecai. Kudus berasa takut dan cemas, lalu berpatah balik ke rumah tanpa sempat membeli telur. Beliau menceritakan hal kemalangan itu kepada ibunya.

“Ngeri mak. Badan orang tu berkecai. Tangannya putus, tercampak atas bumbung bas. Kepalanya tercabut, jatuh dalam paya”, cerita Kudus kepada ibunya.

Kemudian, ibu Kudus mencelah.

“Telurnya mana?”

Kudus pun menjawab,

“Tak perasan pulak kat mana tercampak”, jawab Kudus dengan muka yang serius.

 The mori of storal: Pandulah berhati-hati.


MISTERI PONDOK TANJUNG: Timbang Misteri di Bilek Guru



Oleh: Cikgu Ahmad Henry


Bila tiba bulan Ramadhan, ramai la cikgu-cikgu di SMKSB membuat ‘spotcheck’ ke atas berat badan masing-masing. Ada yang beratnya berkurang. Ada juga yang makin bertambah kerana terlalu banyak memakan makanan ketika berbuka puasa.

Di bilik guru sekolah tersebut, terdapat sebuah penimbang berat yang pelik dan misteri. Pelik, sebab sesiapa yang menimbang berat badan, alat penimbang tersebut akan mengeluarkan suara memberitahu berapakah berat badan orang yang sedang menimbang.

Dipercayai, alat penimbang itu telah dijumpai oleh seorang guru di Pondok Tanjung. Guru itu dipercayai memandu perodua Myvi.

Pada satu hari, ada tiga orang guru ingin menimbang berat mereka. Guru pertama bernama Puan Sakinah. Dia pun berdiri di atas timbang. Lalu timbang pun bersuara,

“56 kilo”.

Guru kedua bernama Puan Kelesom. Seperti guru pertama, dia berdiri di atas penimbang.

“58 kilo”, jawab timbang.

Kemudian tiba giliran guru ketiga iaitu Encik Kudus Bin Meon. Beliau berbadan agak besar dan montel serta comel. Apabila beliau berdiri di atas timbang, berkatalah timbang itu,

“Tolong jangan naik ramai-ramai, saya tak dapat nak baca”, kata si timbang membuatkan Encik Kudus berasa pilu.

Sekian . . . . .Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Duit Raya untuk Kakitangan Awam ?




PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.

Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.

Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.

Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam. 
 
SUMBER : Berita Hairan
 
 

Koleksi Gambar Hari Sukan SMKSB 2012


Berikut ialah gambar-gambar Hari Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor (SMKSB) yang berlangsung pada Jumaat, 22 Jun 2012, bersamaan 2 Syaaban 1433 Hijrah.

Tahniah kepada semua warga SMKSB yang terlibat.


Perbarisan Rumah Delima. Dapat nombor last sekali . . .hehe


Rumah Nilam kut . . .


Rumah Zamrud yang berwarna hijau. Kemain lagi dia punya lagkah.



Lagi rumah Zamrud


Dulu dan sekarang . . .


Rumah Mutiara


Rumah Delima lagi sekali


Rumah Kuarters.

Cikgu Lofa Kena Gosip dengan Robot Misteri




Oleh: Cikgu Ahmad Henry 

Bedul ialah seorang budak berumur enam tahun. Pada suatu hari, Bedul berasa sangat boring. Dia pun menelan sebijik buah dam untuk menghilangkan boringnya. Bedul tercekik lalu mati di tempat kejadian. 

Tidak ada siapa yang melihat apa yang terjadi kepada Bedul, kecuali seorang saintis iaitu Profesor Kulop. Beliau melarikan mayat Bedul lalu dibawanya ke makmal uji kajinya. Di makmal itu, Prof Kulop telah mengambil organ-organ penting Bedul. Beliau telah ‘menghidupkan’ Bedul kembali. Tetapi, kini Bedul bukan lagi seorang manusia. Bedul hanyalah sebuah mesin yang menyerupai dirinya. 

Robot yang dihasilkan oleh Prof Kulop sangat canggih. Rupa bentukya sebijik macam Bedul yang asal. Malah, sistem biologi Bedul sebagai manusia berfungsi dengan baik. Bedul boleh menikmati makanan, berak, cirit-birit, main Facebook, dan sebagainya. Hanya satu kelemahan Bedul, dia tak ada perasaan. 

Bedul membesar sebagai seorang jejaka yang agak kacak (boleh la). Beliau melanjutkan pelajaran di sebuah maktab perguruan. Tak lama lepas tu, Bedul bertugas sebagai seorang guru. Di sekolah, Bedul menjadi guru seperti yang dibelajarnya di maktab dulu. Bedul memang skima. . . . tak boleh blah. Apa yang dia belajar dulu, diikutnya bulat-bulat. 

Oleh kerana Cikgu Bedul seorang yang skima dan gramatis, segelitir pelajar lelaki yang nakal dan comot amat membenci dirinya. Cikgu Bedul tahu akan hal tu, tapi dia tak takut. Macam mana Cikgu Bedul nak takut, dia bukan ada perasaan pun. Cikgu Bedul buat tak kisah bila namanya sering dicoteng di dinding tandas, dinding gua, malah kadang-kadang pelajar-pelajar nakal tu tercoteng di muka Penolong Kanan. . . .ish ish.

Cikgu Bedul Kena Gosip

Pada satu hari, Cikgu Bedul menyapa seorang guru perempuan. Nama guru perempuan itu ialah Neelofa binti So’od. Beliau ingin berkawan dengan guru perempuan tersebut kerana sudah boring berkawan dengan guru lelaki. Tanpa disedari, ada mata yang sedang memerhatikan gelagat Cikgu Bedul yang sedang berbual dengan Cikgu Neelofa. 

Keesokkan harinya, kecoh satu sekolah kononnya Cikgu Bedul dan Cikgu Neelofa berkapel. Gosip terus menular ibarat wabak taun merebak di sebuah perkampungan. 

Cikgu Neelofa tensyen dengan apa yang berlaku. Dia menyangka Cikgu Bedul yang sengaja mencetuskan gosip-gosip tersebut supaya semua orang tahu mereka ialah pasangan kapel. Dia betul-betul marah. Sebagai tanda protes, Cikgu Neelofa telah melakukan mogok lapar selama tiga hari satu malam. Berat badan Cikgu Neelofa kurang sebanyak lapan kilo. 

Cikgu Bedul yang mengetahui akan hal itu berasa serba salah. Beliau kesal kerana niatnya yang baik telah disalah erti oleh orang, termasuk Cikgu Neelofa sendiri. Cikgu Bedul tidak lagi menghubungi mahupun menegurnya sejak hari itu. Sangkaannya, cara itu boleh meredakan segala kontrovesi. 

Walaupun Cikgu Bedul tidak lagi menghubungi Cikgu Neelofa, gosip terus menular. Mula-mula Cikgu Bedul rasa macam nak sedih atas semua yang berlaku. Tapi bila dia teringat yang dia tak ada perasaan, dia pun tak jadi nak sedih . . . haha.

Cikgu Bedul Meminta Maaf

Dipendekkan cerita, 
Pada satu petang Isnin yang sangat syahdu iaitu selepas waktu sekolah, Cikgu Bedul bergegas ke sebuah kedai hadiah untuk membeli Teddy Bear bersaiz besar. Beliau ingin memberikan Teddy Bear kepada Cikgu Neelofa sebagai tanda meminta maaf. Pada hal ketika itu Cikgu Bedul tidak berapa sihat kerana malam tadinya dia terlupa menutup mata ketika tidur, menyebabkan tenaganya menjadi kurang. 

Tapi beliau berkeras untuk memandu seorang diri dengan jarak perjalanan kira-kira sejam itu (kira-kira dari Selama ke Taiping). Apabila sampai di rumah, Cikgu Bedul menyembunyikan Teddy Bear tersebut di dalam lemari baju supaya tidak dilihat oleh rakan serumahnya. 
Malangnya, Cikgu Neelofa tidak mahu berjumpa dengannya lagi apatah lagi menerima hadiah tersebut. 

“Kita tak ada apa-apa kaitan. Awak jangan mengharap apa-apa dari saya lagi”, antara kata-kata Cikgu Neelofa kepada Cikgu Bedul. 

Sekali lagi Cikgu Bedul rasa macam nak sedih. Tapi, tiba-tiba datang seekor pari-pari terbang mundar mandir di sisinya. Berkatalah pari pari itu, 

“Wahai sedaraku yang kacak. Sedara tak sedih ke atas apa yang berlaku? Buat apa sedara menyusahkan diri membuat benda yang sia-sia?”, Tanya si pari pari. 

Lalu Cikgu Bedul menjawab, “Saya tak rasa ini sia-sia. Saya juga tak rasa sedih . . . kerana saya tak ada perasaan. Saya hanya sebuah mesin yang tak selayaknya dilayan seperti seorang manusia.”, kata Cikgu Bedul seraya mencampakkan Teddy Bear yang dibelinya itu ke dalam sungai Perak. 


Benarkah Captain Jack Sparrow Orang Islam?




Artikel ni saya ambil (copy paste) dari Facebook seorang kawan. Dah lama saya tahu pasal artikel ni. Malah, saya pernah cerita pada seorang kawan mengenai fakta "betui ke Jack Sparrow orang Islam?". Kawan saya suruh saya cari sumber artikel ni. Katanya jangan terus percaya.

Tapi sampai la ni, saya masih tak kaji lebih mendalam kesahihan fakta ni. Maklum la, bizi kat sekolah. Jadi, saya serahkan kepada ada untuk explore lebih lanjut mengenai artikel ni. Jom sama-sama baca artikel yang saya maksudkan.

RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England. 

Nama sebenarnya adalah John Ward ataupun Birdy. Agama asalnya adalah Kristian. Setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis. Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion. 

Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentang John Ward. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang. 

Lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khalifah Turki Utsmani Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah. 

Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya. Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah. 

Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih. 

  
Imam Suhaib Webb sering muncul di TV Al Hijrah, Astro dan juga di radio IKIM. Beliau ialah individu yang membuat kajian terhadap sejarah Jack Sparrow.


SUMBER:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=427352700628614&set=a.398828650147686.92794.398821230148428&type=1&ref=nf 


Sejarah Freemasonry dalam Pentadbiran Malaysia





Oleh: Ahmad Henry 

Pada 25 Oktober 1978 iaitu ketika berlangsungnya persidangan Parlimen, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan organisasi Freemason didaftar dengan banyaknya di Malaysia. 

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa membangkitkan persoalan itu kepada Tun Hussein Onn yang juga Perdana Menteri ketika itu. Beliau mendedahkan organisasi Freemason ketika itu sudah melebihi 55 lodges (bangunan seperti kuil) dan ahlinya pula sudah mencapai 2,984 orang termasuk seorang berjawatan menteri. Pada waktu itu, rata-rata umat Islam sudah mengetahui bahawa organisasi Freemason ini ditubuhkan untuk menghancurkan umat Islam pada masa depan. 

Justeru, amat memeranjatkan apabila Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Tan Sri Ghazali Shafie mendakwa pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang pendaftaran pertubuhan itu. Pada hari ini, organisasi Freemason berkembang pesat dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. 

Lebih mendukacitakan, ramai profesionalisme Islam termasuk ahli politik menyertai organisasi ini. 

Berikut ialah senarai bangunan Freemason atau lodge yang masih aktif di Malaysia: 
• No. 100, Jalan Junid, 84000, Muar, Johor 
• Jalan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. 
• No. 136, Jalan Utama, Georgetown. 
• No. 27, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. 
• Jalan Chan Koon Cheng, 75000, Melaka. 
• Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan. 

RUJUKAN:  
Ibnu Yaacob. 2010. Rahsia Simbol Yahudi, Kulim-Kedah, Moon Media Enterprise. 

Simbol Salib Terbalik (Antichrist) Pengaruhi Pelajar Sekolah



Oleh: Cikgu Ahmad Henry 

Isu pembabitan pelajar sekolah dalam gerakan Antichrist yang berlatar belakangkan simbol salib terbalik pernah diperkatakan oleh media-media masa tak lama dulu. Gerakan ini sebenarnya lebih berbentuk ideologi yang menggunakan saluran muzik keras, Black Metal sebagai saluran untuk menyebarkan dakyah pihak berkepentingan iaitu Freemasonry mahupun Iluminati. 

Di Malaysia, golongan yang paling ramai terlibat ialah pelajar sekolah. Mereka menjalankan beberapa ritual pelik seperti bercelak, seks bebas, berpakaian serba hitam, memakai salib terbalik dan banyak lagi. 

Di Sebalik Simbol Antichrist 

Bagi segelintir masyarakat Kristian, Antichrist merujuk kepada seorang lelaki Yahudi yang bakal muncul pada akhir zaman dengan matlamat untuk memusnahkan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Antichrist turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti False Mesiah, Beast 666, dan Anti Christ-Dajjal. (Ibnu Yaacob: 2010, 148) 

Lelaki yang dimaksudkan oleh segelintir penganut Kristian ini sebenarnya Dajjal Al Masih yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh bangsa Yahudi. Dajjal dipercayai bakal menjadi ketua kepada bangsa Yahudi untuk memusnahkan umat Islam. (Ibid, 149) 

Di Sebalik Perkataan

Perkataan Antichrist diambil dari dua perkataan Greek purba iaitu Anti dan Christos yang membawa maksud protes terhadap ajaran Kristian. Bermakna, agama Kristian juga turut dimusuhi oleh segelintir ekstreamis Yahudi. 

Untuk menjayakan matlamat Antichrist, bangsa Yahudi terlebih dahulu telah menyerapkan unsur keyahudian mereka di dalam agama Kristian melalui gerakan Freemasonry mahupun Illuminati. Sebab itulah kebanyakan tokoh terkemuka dunia yang beragama Kristian turut bersekongkol dengan gerakan ini. Antara tokoh yang saya maksudkan termasuklah penjajah negara kita, Francis Light dan Stamford Rafles. Mereka ialah ahli Freemason dan mungkin juga ahli Illuminati. 

Di Amerika, hampir semua presiden mereka ialah ahli gerakan Freemason dan mereka ini memerintah mengikut kehendak dan cita-cita gerakan Freemason dan Illuminati Yahudi. 

Antichrist dan Muzik Black Metal 

Kewujudan unsur Antichrist dalam muzik Black Metal dan Punk adalah sesuatu yang sudah dirancang rapi. Ia tidak berlaku secara kebetulan. Muzik Black Metal misalnya dirintis oleh sebuah kumpulan yang diasaskan oleh lelaki Yahudi, Ozzy Osborne iaitu kumpulan Black Sabbath. Ozzy Osborne pernah dikecam oleh beberapa pertubuhan Kristian ekoran muzik yang dibawanya mengandungi unsur-unsur penyembahan terhadap Syaitan. 

Ketika saya masih bersekolah sekitar tingkatan satu hingga tingkatan enam (1999-2005), beberapa rakan yang terlibat dalam kumpulan Black Metal ini sering melukis simbul Baphomet iaitu gambar kepala kambing jantan di tengah-tengah bintang. Simbol ini menjadi lambang penyembahan terhadap syaitan.


Bintang itu sebenarnya ialah simbol Star of David yang juga menjadi latar belakang kepada bendera Israel pada hari ini. Star of David atau bintang Nabi Daud ini digunakan untuk melambangkan keberanian raja bagi Bani Israel iaitu Nabi Daud.

Simbol Star of David yang terdapat pada bendera Israel

Apa pun simbol yang digunakan termasuklah simbol salib terbalik, tujuan muzik Black Metal diadun dengan unsur-unsur keyahudian dan penyembahan terhadap syaitan adalah untuk merosakkan akidah umat Islam yang dimulakan terhadap golongan remaja. 

Muzik Black Metal di Malaysia pada Hari ini 

Pengaruh muzik Black Metal mahupun Death Metal di Malaysia pada hari ini agak perlahan. Setakat ini, tidak ada pemuzik pelapis bagi muzik jenis itu. Pemuzik sedia ada seperti As Sahar, Riusgnal (Langsuir), Sil Khannaz, Nirojim, dan lain-lain tidak kedengaran dengan album terbaru mereka. 

Saya sendiri sudah lama tidak mengikuti perkembangan kumpulan-kumpulan ini setelah mengalami zaman ‘pencerahan’ ketika belajar di universiti dulu. 

Langkah Mengatasi 

Sebagai guru disiplin di tempat saya mengajar, belum kelihatan adanya unsur-unsur ini di sekolah saya. Bagaimanapun, guru-guru perlu sentiasa memantau simbol-simbol atau isyarat-isyarat lain yang tanpa kita sedari sedang digunakan oleh para pelajar untuk sesuatu tujuan. 

Sebagai contoh, baru-baru ini ada sekumpulan pelajar perempuan menggores dahi mereka untuk menggambarkan keahlian mereka dalam sebuah kumpulan. 
   


Hanya 50 Guru Mohon Aktif Berpolitik




 Dr Mohd Puad Zarkashi
 
SHAH ALAM – Guru atau Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik dengan syarat mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran dan hanya 50 orang membuat permohonan sejak dua tahun lalu,

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata, kebenaran berpolitik menunjukkan keterbukaan kerajaan apabila kerajaan meminda Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang membenarkan guru bertanding atau bergiat aktif dalam politik.

Langkah itu dilaksanakan sejak 2010.
"Kebenaran ini hanya untuk guru atau Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 sahaja dengan syarat mereka perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan dari pihak kementerian.
"Bahkan guru yang memdapat kebenaran berpolitik itu juga boleh memohon cuti tanpa rekod jika ingin bertanding dan menjadi perwakilan mana-mana parti politik," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan rekod dari tahun 2010 hingga kini lebih kurang 50 orang sahaja yang memohon untuk bergiat aktif dalam politik.
"Daripada jumlah tersebut, 24 permohonan diluluskan manakala sembilan lagi ditolak kerana memegang jawatan tertinggi di sekolah seperti pengetua atau penolong kanan," katanya.

Menurutnya, jika guru yang mendapat kebenaran berpolitik dinaikkan pangkat ke Gred DG52 ke atas, status kebenaran tersebut terbatal dengan sendirinya.

Ketika ditanya mengenai penglibatan penjawat awam semasa perhimpunan Bersih 3.0, Puad berkata, setakat ini masih belum mendapat sebarang maklumat ada guru yang terlibat di mana ianya masih dalam siasatan pihak polis.
 

Misteri Kereta Tanpa Pemandu di Pondok Tanjung




Kisah ni memang seram gila. Sesiapa yang selalu ulang alik dari Taiping ke Selama elok la ambil ikhtibar dari cerita ini.
Ceritanya bermula begini (muzik saspen keluar),

Aku menetap di Ipoh dan mengajar di Selama, Perak. Hampir setiap minggu aku akan balik ke Ipoh menemui ayah dan bonda yang kusayangi. Tapi jarang sekali aku balik malam.

Satu hari, aku terpaksa balik malam sebab terlalu gian main game Counter Strike. Jadi, aku pun memandu la malam itu ke Selama. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Time tu la kereta Wira Special Edition (SE) aku yang laju tu meluncur betul-betul di Pondok Tanjung.

Entah macam mana, tiba-tiba mati enjin. Mula-mula aku ingat aku tertutup enjin. Maklum la, bawak laju sangat, mungkin aku teroff kan kunci enjin. Bila stard semula, enjin masih tak hidup. Aku pun mula la tensyen.

Tiba-tiba aku nampak ada sebuah kereta Honda Civic FD berjalan perlahan ke arah aku. Mula-mula aku rasa macam nak suka sebab boleh mintak tolong kat pemandunya. Tapi, tiba-tiba baru aku perasan, kereta tu tak ada pemandu. 

Kecut gila aku punya hati dan perasaan. Time tu aku cuma tunggu masa untuk dicekik oleh hantu yang memandu kereta itu. Masa tu memang aku redha untuk dicekik. Tapi, tiba-tiba;

 “Assalammualaikum Bang . . .boleh tak tolong tolak kereta saya ni?” Terdengar suara dari belakang kereta Honda Civic dan aku ternampak seorang brader sedang menolak kereta tersebut dalam keadaan termengah-mengah.

NOTA: Cerita ini rekaan semata-mata. Moga ia tidak menjadi nyata.
   

Aku Ada Kerna Kau Ada

Oleh: Cikgu Ahmad Henry


 

Siapa Aku Sebelum Hari Ini ?

Beberapa minggu sebelum menjadi guru, aku ialah seorang pekerja di sebuah kedai buku. Kerja di kedai buku ni bagi aku sangat tak best. Kerjanya sangat meletihkan, tak boleh duduk. Gajinya sedikit, hanya RM700. Nak solat pun payah.

Bila dilantik menjadi guru, aku sangat bersyukur. Walaupun makin hari makin mencabar, tapi bagi aku bertugas sebagai guru tak la seteruk kerja-kerja yang aku pernah buat sebelum ni. Aku pernah bekerja di kedai makan seawal usia 13 tahun. Kerja kutip kelapa sawit sewaktu di tingkatan tiga. Kerja kilang keropok dan kilang ubat nyamuk masa menengah atas. Dan, kerja sebagai jurujual sebelum masuk UPSI. 

Secara kebetulan, memang aku minat untuk jadi guru sejak di tingkatan lima lagi. Jadi, menjadi guru bagi aku bukanlah satu pekerjaan yang susah sangat. Sikit-sikit tu ade la.

Kenapa Aku di Sini?

Satu lagi perkara yang menyebabkan aku masih bertahan dalam dunia perguruan walaupun setiap hari berhadapan dengan pelajar-pelajar bermasalah ialah kerana sebaris ayat ini, "Aku ada, kerna kau ada".

Adanya aku di sekolah adalah kerana adanya jawatan guru itu sendiri. Adanya jawatan guru kerana adanya pelajar. Kalau pelajar takde, dah tentu guru pun tak diperlukan. Dan, dah tentu hari ni aku bukan seorang guru. 

Kepada diri aku sendiri, dan kepada guru-guru lain umumnya, membentuk sahsiah pelajar itu adalah amanah. Marilah kita sama-sama menunaikan amanah tersebut. 

Hari ini mungkin kita mengeluh bila murid yang kita nak bentuk tak mahu berubah-ubah. Tapi yakinlah bahawa hidayah untuk pelajar itu bukan kita yang beri. Kita hanya berusaha tanpa henti. Yang memberikan mereka hidayah ialah Allah s.w.t. Kalau bukan sekarang, mungkin selepas mereka habis sekolah nanti mereka berubah, Insya Allah. 

Akhir kata, jangan pulak korang frust bila baca sampai habis, tapi tak jumpa pun cerita-cerita jiwang. Walaupun tajuk ni jiwang, tapi isinya tak la jiwang mana. Kalau tak buat tajuk jiwang, sumpah korag tak baca . . .kelaut le jawabnya . . hehe.

Assalammualaikum.


Cara Membuat Auto Blog Untuk Blogspot


Auto Blog

Auto blog ialah blog yang diupdate secara automatik. Posting atau artikel blog tersebut akan bertambah secara automatik tanpa perlu pemilik blog tersebut memasukkan posting secara manual setiap hari.

Di bawah ialah video panduan untuk membuat autoblog. Jom menontonnya bersama-sama.





Guru Ditumbuk Oleh Pelajar Merokok


 
Penumbuk yang Comel
 
“Ketika mengadakan perjumpaan guru berkenaan bertindak menasihati pelajar berkenaan sebelum ditumbuk rakan pelajar berkenaan menggunakan buku lima,” 
LABUAN 6 April – Tindakan murni seorang guru menegur pelajarnya yang merokok di hadapan sekolah membawa padah apabila ditumbuk kumpulan pelajar berkenaan dengan menggunakan senjata buku lima, semalam. 

Ketua Polis Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, kejadian berlaku pukul 5.30 petang itu menyebabkan guru berkenaan mengalami luka kecil dan lebam di bahagian muka. 

 “Berdasarkan laporan, guru berkenaan telah menegur seorang pelajar yang merokok di hadapan sekolah sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang ingin berjumpanya di kawasan Kerupang di sini. 

“Ketika mengadakan perjumpaan guru berkenaan bertindak menasihati pelajar berkenaan sebelum ditumbuk rakan pelajar berkenaan menggunakan buku lima,” katanya di sini hari ini. 

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan suspek boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun dan denda atau sebatan.

Sumber: http://www.labuan.net/