Koleksi Gambar Hari Sukan SMKSB 2012
Posted by Blog Cikgu Henry on 05:26. SEJARAH -
Berikut ialah gambar-gambar Hari Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor (SMKSB) yang berlangsung pada Jumaat, 22 Jun 2012, bersamaan 2 Syaaban 1433 Hijrah.
Tahniah kepada semua warga SMKSB yang terlibat.
Perbarisan Rumah Delima. Dapat nombor last sekali . . .hehe
Rumah Nilam kut . . .
Rumah Zamrud yang berwarna hijau. Kemain lagi dia punya lagkah.
Lagi rumah Zamrud
Dulu dan sekarang . . .
Rumah Mutiara
Rumah Delima lagi sekali
Cikgu Lofa Kena Gosip dengan Robot Misteri
Posted by Blog Cikgu Henry on 09:48. CERITA SERAM,SEJARAH -
Oleh: Cikgu Ahmad Henry
Bedul ialah seorang budak berumur enam tahun. Pada suatu hari, Bedul berasa sangat boring. Dia pun menelan sebijik buah dam untuk menghilangkan boringnya. Bedul tercekik lalu mati di tempat kejadian.
Tidak ada siapa yang melihat apa yang terjadi kepada Bedul, kecuali seorang saintis iaitu Profesor Kulop. Beliau melarikan mayat Bedul lalu dibawanya ke makmal uji kajinya. Di makmal itu, Prof Kulop telah mengambil organ-organ penting Bedul. Beliau telah ‘menghidupkan’ Bedul kembali. Tetapi, kini Bedul bukan lagi seorang manusia. Bedul hanyalah sebuah mesin yang menyerupai dirinya.
Robot yang dihasilkan oleh Prof Kulop sangat canggih. Rupa bentukya sebijik macam Bedul yang asal. Malah, sistem biologi Bedul sebagai manusia berfungsi dengan baik. Bedul boleh menikmati makanan, berak, cirit-birit, main Facebook, dan sebagainya. Hanya satu kelemahan Bedul, dia tak ada perasaan.
Bedul membesar sebagai seorang jejaka yang agak kacak (boleh la). Beliau melanjutkan pelajaran di sebuah maktab perguruan. Tak lama lepas tu, Bedul bertugas sebagai seorang guru. Di sekolah, Bedul menjadi guru seperti yang dibelajarnya di maktab dulu. Bedul memang skima. . . . tak boleh blah. Apa yang dia belajar dulu, diikutnya bulat-bulat.
Oleh kerana Cikgu Bedul seorang yang skima dan gramatis, segelitir pelajar lelaki yang nakal dan comot amat membenci dirinya. Cikgu Bedul tahu akan hal tu, tapi dia tak takut. Macam mana Cikgu Bedul nak takut, dia bukan ada perasaan pun. Cikgu Bedul buat tak kisah bila namanya sering dicoteng di dinding tandas, dinding gua, malah kadang-kadang pelajar-pelajar nakal tu tercoteng di muka Penolong Kanan. . . .ish ish.
Cikgu Bedul Kena Gosip
Cikgu Bedul Kena Gosip
Pada satu hari, Cikgu Bedul menyapa seorang guru perempuan. Nama guru perempuan itu ialah Neelofa binti So’od. Beliau ingin berkawan dengan guru perempuan tersebut kerana sudah boring berkawan dengan guru lelaki. Tanpa disedari, ada mata yang sedang memerhatikan gelagat Cikgu Bedul yang sedang berbual dengan Cikgu Neelofa.
Keesokkan harinya, kecoh satu sekolah kononnya Cikgu Bedul dan Cikgu Neelofa berkapel. Gosip terus menular ibarat wabak taun merebak di sebuah perkampungan.
Cikgu Neelofa tensyen dengan apa yang berlaku. Dia menyangka Cikgu Bedul yang sengaja mencetuskan gosip-gosip tersebut supaya semua orang tahu mereka ialah pasangan kapel. Dia betul-betul marah. Sebagai tanda protes, Cikgu Neelofa telah melakukan mogok lapar selama tiga hari satu malam. Berat badan Cikgu Neelofa kurang sebanyak lapan kilo.
Cikgu Bedul yang mengetahui akan hal itu berasa serba salah. Beliau kesal kerana niatnya yang baik telah disalah erti oleh orang, termasuk Cikgu Neelofa sendiri. Cikgu Bedul tidak lagi menghubungi mahupun menegurnya sejak hari itu. Sangkaannya, cara itu boleh meredakan segala kontrovesi.
Walaupun Cikgu Bedul tidak lagi menghubungi Cikgu Neelofa, gosip terus menular. Mula-mula Cikgu Bedul rasa macam nak sedih atas semua yang berlaku. Tapi bila dia teringat yang dia tak ada perasaan, dia pun tak jadi nak sedih . . . haha.
Cikgu Bedul Meminta Maaf
Cikgu Bedul Meminta Maaf
Dipendekkan cerita,
Pada satu petang Isnin yang sangat syahdu iaitu selepas waktu sekolah, Cikgu Bedul bergegas ke sebuah kedai hadiah untuk membeli Teddy Bear bersaiz besar. Beliau ingin memberikan Teddy Bear kepada Cikgu Neelofa sebagai tanda meminta maaf. Pada hal ketika itu Cikgu Bedul tidak berapa sihat kerana malam tadinya dia terlupa menutup mata ketika tidur, menyebabkan tenaganya menjadi kurang.Tapi beliau berkeras untuk memandu seorang diri dengan jarak perjalanan kira-kira sejam itu (kira-kira dari Selama ke Taiping). Apabila sampai di rumah, Cikgu Bedul menyembunyikan Teddy Bear tersebut di dalam lemari baju supaya tidak dilihat oleh rakan serumahnya.
Malangnya, Cikgu Neelofa tidak mahu berjumpa dengannya lagi apatah lagi menerima hadiah tersebut.
“Kita tak ada apa-apa kaitan. Awak jangan mengharap apa-apa dari saya lagi”, antara kata-kata Cikgu Neelofa kepada Cikgu Bedul.
Sekali lagi Cikgu Bedul rasa macam nak sedih. Tapi, tiba-tiba datang seekor pari-pari terbang mundar mandir di sisinya. Berkatalah pari pari itu,
“Wahai sedaraku yang kacak. Sedara tak sedih ke atas apa yang berlaku? Buat apa sedara menyusahkan diri membuat benda yang sia-sia?”, Tanya si pari pari.
Lalu Cikgu Bedul menjawab, “Saya tak rasa ini sia-sia. Saya juga tak rasa sedih . . . kerana saya tak ada perasaan. Saya hanya sebuah mesin yang tak selayaknya dilayan seperti seorang manusia.”, kata Cikgu Bedul seraya mencampakkan Teddy Bear yang dibelinya itu ke dalam sungai Perak.
Benarkah Captain Jack Sparrow Orang Islam?
Posted by Blog Cikgu Henry on 06:24. ISU SEMASA,KONSPIRASI YAHUD,SEJARAH -
Artikel ni saya ambil (copy paste) dari Facebook seorang kawan. Dah lama saya tahu pasal artikel ni. Malah, saya pernah cerita pada seorang kawan mengenai fakta "betui ke Jack Sparrow orang Islam?". Kawan saya suruh saya cari sumber artikel ni. Katanya jangan terus percaya.
Tapi sampai la ni, saya masih tak kaji lebih mendalam kesahihan fakta ni. Maklum la, bizi kat sekolah. Jadi, saya serahkan kepada ada untuk explore lebih lanjut mengenai artikel ni. Jom sama-sama baca artikel yang saya maksudkan.
RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England.Nama sebenarnya adalah John Ward ataupun Birdy. Agama asalnya adalah Kristian. Setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis. Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentang John Ward. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang.Lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khalifah Turki Utsmani Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah.Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya. Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah.Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih.
Imam Suhaib Webb sering muncul di TV Al Hijrah, Astro dan juga di radio IKIM. Beliau ialah individu yang membuat kajian terhadap sejarah Jack Sparrow.
SUMBER:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=427352700628614&set=a.398828650147686.92794.398821230148428&type=1&ref=nf
Sejarah Freemasonry dalam Pentadbiran Malaysia
Posted by Blog Cikgu Henry on 21:49. ISU SEMASA,KONSPIRASI YAHUD -
Oleh: Ahmad Henry
Pada 25 Oktober 1978 iaitu ketika berlangsungnya persidangan Parlimen, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan organisasi Freemason didaftar dengan banyaknya di Malaysia.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa membangkitkan persoalan itu kepada Tun Hussein Onn yang juga Perdana Menteri ketika itu.
Beliau mendedahkan organisasi Freemason ketika itu sudah melebihi 55 lodges (bangunan seperti kuil) dan ahlinya pula sudah mencapai 2,984 orang termasuk seorang berjawatan menteri. Pada waktu itu, rata-rata umat Islam sudah mengetahui bahawa organisasi Freemason ini ditubuhkan untuk menghancurkan umat Islam pada masa depan.
Justeru, amat memeranjatkan apabila Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Tan Sri Ghazali Shafie mendakwa pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang pendaftaran pertubuhan itu.
Pada hari ini, organisasi Freemason berkembang pesat dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.
Lebih mendukacitakan, ramai profesionalisme Islam termasuk ahli politik menyertai organisasi ini.
Berikut ialah senarai bangunan Freemason atau lodge yang masih aktif di Malaysia:
• No. 100, Jalan Junid, 84000, Muar, Johor
• Jalan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor.
• No. 136, Jalan Utama, Georgetown.
• No. 27, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
• Jalan Chan Koon Cheng, 75000, Melaka.
• Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan.
RUJUKAN:
Ibnu Yaacob. 2010. Rahsia Simbol Yahudi, Kulim-Kedah, Moon Media Enterprise.
Simbol Salib Terbalik (Antichrist) Pengaruhi Pelajar Sekolah
Posted by Blog Cikgu Henry on 00:28. ISU SEMASA,KONSPIRASI YAHUD -
Oleh: Cikgu Ahmad Henry
Isu pembabitan pelajar sekolah dalam gerakan Antichrist yang berlatar belakangkan simbol salib terbalik pernah diperkatakan oleh media-media masa tak lama dulu. Gerakan ini sebenarnya lebih berbentuk ideologi yang menggunakan saluran muzik keras, Black Metal sebagai saluran untuk menyebarkan dakyah pihak berkepentingan iaitu Freemasonry mahupun Iluminati.
Di Malaysia, golongan yang paling ramai terlibat ialah pelajar sekolah. Mereka menjalankan beberapa ritual pelik seperti bercelak, seks bebas, berpakaian serba hitam, memakai salib terbalik dan banyak lagi.
Di Sebalik Simbol Antichrist
Bagi segelintir masyarakat Kristian, Antichrist merujuk kepada seorang lelaki Yahudi yang bakal muncul pada akhir zaman dengan matlamat untuk memusnahkan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Antichrist turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti False Mesiah, Beast 666, dan Anti Christ-Dajjal. (Ibnu Yaacob: 2010, 148)
Lelaki yang dimaksudkan oleh segelintir penganut Kristian ini sebenarnya Dajjal Al Masih yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh bangsa Yahudi. Dajjal dipercayai bakal menjadi ketua kepada bangsa Yahudi untuk memusnahkan umat Islam. (Ibid, 149)
Di Sebalik Perkataan
Perkataan Antichrist diambil dari dua perkataan Greek purba iaitu Anti dan Christos yang membawa maksud protes terhadap ajaran Kristian. Bermakna, agama Kristian juga turut dimusuhi oleh segelintir ekstreamis Yahudi.
Untuk menjayakan matlamat Antichrist, bangsa Yahudi terlebih dahulu telah menyerapkan unsur keyahudian mereka di dalam agama Kristian melalui gerakan Freemasonry mahupun Illuminati. Sebab itulah kebanyakan tokoh terkemuka dunia yang beragama Kristian turut bersekongkol dengan gerakan ini. Antara tokoh yang saya maksudkan termasuklah penjajah negara kita, Francis Light dan Stamford Rafles. Mereka ialah ahli Freemason dan mungkin juga ahli Illuminati.
Di Amerika, hampir semua presiden mereka ialah ahli gerakan Freemason dan mereka ini memerintah mengikut kehendak dan cita-cita gerakan Freemason dan Illuminati Yahudi.
Antichrist dan Muzik Black Metal
Kewujudan unsur Antichrist dalam muzik Black Metal dan Punk adalah sesuatu yang sudah dirancang rapi. Ia tidak berlaku secara kebetulan.
Muzik Black Metal misalnya dirintis oleh sebuah kumpulan yang diasaskan oleh lelaki Yahudi, Ozzy Osborne iaitu kumpulan Black Sabbath. Ozzy Osborne pernah dikecam oleh beberapa pertubuhan Kristian ekoran muzik yang dibawanya mengandungi unsur-unsur penyembahan terhadap Syaitan.
Ketika saya masih bersekolah sekitar tingkatan satu hingga tingkatan enam (1999-2005), beberapa rakan yang terlibat dalam kumpulan Black Metal ini sering melukis simbul Baphomet iaitu gambar kepala kambing jantan di tengah-tengah bintang. Simbol ini menjadi lambang penyembahan terhadap syaitan.
Bintang itu sebenarnya ialah simbol Star of David yang juga menjadi latar belakang kepada bendera Israel pada hari ini. Star of David atau bintang Nabi Daud ini digunakan untuk melambangkan keberanian raja bagi Bani Israel iaitu Nabi Daud.
Simbol Star of David yang terdapat pada bendera Israel
Apa pun simbol yang digunakan termasuklah simbol salib terbalik, tujuan muzik Black Metal diadun dengan unsur-unsur keyahudian dan penyembahan terhadap syaitan adalah untuk merosakkan akidah umat Islam yang dimulakan terhadap golongan remaja.
Muzik Black Metal di Malaysia pada Hari ini
Pengaruh muzik Black Metal mahupun Death Metal di Malaysia pada hari ini agak perlahan. Setakat ini, tidak ada pemuzik pelapis bagi muzik jenis itu. Pemuzik sedia ada seperti As Sahar, Riusgnal (Langsuir), Sil Khannaz, Nirojim, dan lain-lain tidak kedengaran dengan album terbaru mereka.
Saya sendiri sudah lama tidak mengikuti perkembangan kumpulan-kumpulan ini setelah mengalami zaman ‘pencerahan’ ketika belajar di universiti dulu.
Langkah Mengatasi
Sebagai guru disiplin di tempat saya mengajar, belum kelihatan adanya unsur-unsur ini di sekolah saya. Bagaimanapun, guru-guru perlu sentiasa memantau simbol-simbol atau isyarat-isyarat lain yang tanpa kita sedari sedang digunakan oleh para pelajar untuk sesuatu tujuan.
Sebagai contoh, baru-baru ini ada sekumpulan pelajar perempuan menggores dahi mereka untuk menggambarkan keahlian mereka dalam sebuah kumpulan.
Hanya 50 Guru Mohon Aktif Berpolitik
Posted by Blog Cikgu Henry on 21:40. ISU SEMASA -
SHAH ALAM – Guru atau Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41
hingga DG48 dibenarkan berpolitik dengan syarat mendapat kelulusan
Kementerian Pelajaran dan hanya 50 orang membuat permohonan sejak dua
tahun lalu,
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata, kebenaran berpolitik menunjukkan keterbukaan kerajaan apabila kerajaan meminda Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang membenarkan guru bertanding atau bergiat aktif dalam politik.
Langkah itu dilaksanakan sejak 2010.
Beliau berkata, berdasarkan rekod dari tahun 2010 hingga kini lebih kurang 50 orang sahaja yang memohon untuk bergiat aktif dalam politik.
"Daripada jumlah tersebut, 24 permohonan diluluskan manakala sembilan lagi ditolak kerana memegang jawatan tertinggi di sekolah seperti pengetua atau penolong kanan," katanya.
Menurutnya, jika guru yang mendapat kebenaran berpolitik dinaikkan pangkat ke Gred DG52 ke atas, status kebenaran tersebut terbatal dengan sendirinya.
Ketika ditanya mengenai penglibatan penjawat awam semasa perhimpunan Bersih 3.0, Puad berkata, setakat ini masih belum mendapat sebarang maklumat ada guru yang terlibat di mana ianya masih dalam siasatan pihak polis.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata, kebenaran berpolitik menunjukkan keterbukaan kerajaan apabila kerajaan meminda Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang membenarkan guru bertanding atau bergiat aktif dalam politik.
Langkah itu dilaksanakan sejak 2010.
"Kebenaran ini hanya untuk guru atau Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 sahaja dengan syarat mereka perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan dari pihak kementerian."Bahkan guru yang memdapat kebenaran berpolitik itu juga boleh memohon cuti tanpa rekod jika ingin bertanding dan menjadi perwakilan mana-mana parti politik," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor di sini, semalam.
Beliau berkata, berdasarkan rekod dari tahun 2010 hingga kini lebih kurang 50 orang sahaja yang memohon untuk bergiat aktif dalam politik.
"Daripada jumlah tersebut, 24 permohonan diluluskan manakala sembilan lagi ditolak kerana memegang jawatan tertinggi di sekolah seperti pengetua atau penolong kanan," katanya.
Menurutnya, jika guru yang mendapat kebenaran berpolitik dinaikkan pangkat ke Gred DG52 ke atas, status kebenaran tersebut terbatal dengan sendirinya.
Ketika ditanya mengenai penglibatan penjawat awam semasa perhimpunan Bersih 3.0, Puad berkata, setakat ini masih belum mendapat sebarang maklumat ada guru yang terlibat di mana ianya masih dalam siasatan pihak polis.
SUMBER: Sinar Harian
Misteri Kereta Tanpa Pemandu di Pondok Tanjung
Posted by Blog Cikgu Henry on 03:33. CERITA SERAM -
Kisah ni memang seram gila. Sesiapa yang selalu ulang alik dari Taiping ke Selama elok la ambil ikhtibar dari cerita ini.
Ceritanya bermula begini (muzik saspen keluar),
Aku menetap di Ipoh dan mengajar di Selama, Perak. Hampir
setiap minggu aku akan balik ke Ipoh menemui ayah dan bonda yang kusayangi.
Tapi jarang sekali aku balik malam.
Satu hari, aku terpaksa balik malam sebab terlalu gian main
game Counter Strike. Jadi, aku pun memandu la malam itu ke Selama. Jam
menunjukkan pukul 1 pagi. Time tu la kereta Wira Special Edition (SE) aku yang
laju tu meluncur betul-betul di Pondok Tanjung.
Entah macam mana, tiba-tiba mati enjin. Mula-mula aku ingat
aku tertutup enjin. Maklum la, bawak laju sangat, mungkin aku teroff kan kunci
enjin. Bila stard semula, enjin masih tak hidup. Aku pun mula la tensyen.
Tiba-tiba aku nampak ada sebuah kereta Honda Civic FD
berjalan perlahan ke arah aku. Mula-mula aku rasa macam nak suka sebab boleh
mintak tolong kat pemandunya. Tapi, tiba-tiba baru aku perasan, kereta tu tak
ada pemandu.
Kecut gila aku punya hati dan perasaan. Time tu aku cuma tunggu
masa untuk dicekik oleh hantu yang memandu kereta itu. Masa tu memang aku redha
untuk dicekik. Tapi, tiba-tiba;
“Assalammualaikum Bang . . .boleh tak tolong
tolak kereta saya ni?” Terdengar suara dari belakang kereta Honda Civic dan aku ternampak seorang
brader sedang menolak kereta tersebut dalam keadaan termengah-mengah.
NOTA: Cerita ini rekaan semata-mata. Moga
ia tidak menjadi nyata.
Aku Ada Kerna Kau Ada
Posted by Blog Cikgu Henry on 09:36. ISU SEMASA -
Oleh: Cikgu Ahmad Henry
Siapa Aku Sebelum Hari Ini ?
Beberapa minggu sebelum menjadi guru, aku ialah seorang pekerja di sebuah kedai buku. Kerja di kedai buku ni bagi aku sangat tak best. Kerjanya sangat meletihkan, tak boleh duduk. Gajinya sedikit, hanya RM700. Nak solat pun payah.
Bila dilantik menjadi guru, aku sangat bersyukur. Walaupun makin hari makin mencabar, tapi bagi aku bertugas sebagai guru tak la seteruk kerja-kerja yang aku pernah buat sebelum ni. Aku pernah bekerja di kedai makan seawal usia 13 tahun. Kerja kutip kelapa sawit sewaktu di tingkatan tiga. Kerja kilang keropok dan kilang ubat nyamuk masa menengah atas. Dan, kerja sebagai jurujual sebelum masuk UPSI.
Secara kebetulan, memang aku minat untuk jadi guru sejak di tingkatan lima lagi. Jadi, menjadi guru bagi aku bukanlah satu pekerjaan yang susah sangat. Sikit-sikit tu ade la.
Kenapa Aku di Sini?
Satu lagi perkara yang menyebabkan aku masih bertahan dalam dunia perguruan walaupun setiap hari berhadapan dengan pelajar-pelajar bermasalah ialah kerana sebaris ayat ini, "Aku ada, kerna kau ada".
Adanya aku di sekolah adalah kerana adanya jawatan guru itu sendiri. Adanya jawatan guru kerana adanya pelajar. Kalau pelajar takde, dah tentu guru pun tak diperlukan. Dan, dah tentu hari ni aku bukan seorang guru.
Kepada diri aku sendiri, dan kepada guru-guru lain umumnya, membentuk sahsiah pelajar itu adalah amanah. Marilah kita sama-sama menunaikan amanah tersebut.
Hari ini mungkin kita mengeluh bila murid yang kita nak bentuk tak mahu berubah-ubah. Tapi yakinlah bahawa hidayah untuk pelajar itu bukan kita yang beri. Kita hanya berusaha tanpa henti. Yang memberikan mereka hidayah ialah Allah s.w.t. Kalau bukan sekarang, mungkin selepas mereka habis sekolah nanti mereka berubah, Insya Allah.
Akhir kata, jangan pulak korang frust bila baca sampai habis, tapi tak jumpa pun cerita-cerita jiwang. Walaupun tajuk ni jiwang, tapi isinya tak la jiwang mana. Kalau tak buat tajuk jiwang, sumpah korag tak baca . . .kelaut le jawabnya . . hehe.
Assalammualaikum.
Cara Membuat Auto Blog Untuk Blogspot
Posted by Blog Cikgu Henry on 09:02. LITERASI KOMPUTER -
Auto Blog
Auto blog ialah blog yang diupdate secara automatik. Posting atau artikel blog tersebut akan bertambah secara automatik tanpa perlu pemilik blog tersebut memasukkan posting secara manual setiap hari.
Di bawah ialah video panduan untuk membuat autoblog. Jom menontonnya bersama-sama.
Guru Ditumbuk Oleh Pelajar Merokok
Posted by Blog Cikgu Henry on 03:11. ISU SEMASA -
Penumbuk yang Comel
“Ketika mengadakan perjumpaan guru berkenaan bertindak menasihati pelajar berkenaan sebelum ditumbuk rakan pelajar berkenaan menggunakan buku lima,”
LABUAN 6 April – Tindakan murni seorang guru menegur pelajarnya yang merokok di hadapan sekolah membawa padah apabila ditumbuk kumpulan pelajar berkenaan dengan menggunakan senjata buku lima, semalam.
Ketua Polis Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, kejadian berlaku pukul 5.30 petang itu menyebabkan guru berkenaan mengalami luka kecil dan lebam di bahagian muka.
“Berdasarkan laporan, guru berkenaan telah menegur seorang pelajar yang merokok di hadapan sekolah sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang ingin berjumpanya di kawasan Kerupang di sini.
“Ketika mengadakan perjumpaan guru berkenaan bertindak menasihati pelajar berkenaan sebelum ditumbuk rakan pelajar berkenaan menggunakan buku lima,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan suspek boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun dan denda atau sebatan.
Sumber: http://www.labuan.net/
Para Pengganggu Perlu Disingkir Untuk Capai Sesuatu Matlamat
Posted by Blog Cikgu Henry on 03:38. ISU SEMASA -
Beliau (awek) akan jadi pengganggu jika anda belum ada cita-cita untuk bernikah, atau sekadar untuk jadikannya ‘toy’. Jika anda teruskan aktiviti ini, pastinya matlamat utama anda tadi terganggu. Anda terpaksa menghabiskan wang untuk beli kereta tadi untuk awek yang tiada apa-apa faedah ini.
Oleh: Cikgu Ahmad Henry
Apakah matlamat atau cita-cita terakhir anda? Imbas kembali,
apakah matlamat tersebut tercapai atau sebaliknya. Dan jika matlamat tersebut
sudah tercapai, apakah jalan yang anda lalui itu penuh liku, atau jalan lurus
lagi elok dan nyaman?
Bagi seorang pelajar, matlamat utama mereka ialah berjaya dalam
bidang pendidikan. Bagi seorang ahli politik yang ikhlas, matlamat utama mereka
ialah meraih kuasa politik untuk digunakan ke arah yang wajar. Bagi seorang
pemuda yang baru kerja, kemungkinan mereka mempunyai matlamat untuk memiliki
kereta idaman.
Ramai antara golongan yang saya sebutkan di atas gagal
mengecap matlamat atau cita-cita masing-masing. Ia berpunca daripada beberapa
sebab yang saya namakan di sini sebagai ‘pengganggu’. Semua pengganggu ini
perlu disingkir agar matlamat yang kita telah tetapkan dapat dicapai dengan
sedikit longgar.
Siapa
Pengganggu-pengganggu ini?
Katakan seorang pemuda telah menetapkan untuk membeli kereta
idamannya pada sekian-sekian tarikh atau tempoh tertentu. Beliau akan
berhadapan dengan beberapa kemungkinan yang bakal menjadi pengganggu. Pertama,
sudah tentulan tuntutan untuk memiliki material lain seperti rumah, motosikal,
gajet, pakaian, dan sebagainya akan mengganggu matlamat tersebut.
Kedua, tuntutan bersifat berangkai atau berulang-ulang. Bagi
seorang pemuda, fitrah untuk memiliki awek memang sangat mendesak. Tapi, apakah
awek itu menjadi sebahagian matlamat atau sekadar pengganggu?
Beliau (awek) akan jadi pengganggu jika anda belum ada
cita-cita untuk bernikah, atau sekadar untuk jadikannya ‘toy’. Jika anda
teruskan aktiviti ini, pastinya matlamat utama anda tadi terganggu. Anda
terpaksa menghabiskan wang untuk beli kereta tadi untuk awek yang tiada apa-apa
faedah ini.
Bukan Semua Benda ialah
Pengganggu
Anda perlu pastikan terlebih dahulu matlamat mana yang
menjadi keutamaan. Kebiasaannya, setiap matlamat akan disusuli oleh beberapa
matlamat kecil. Dalam pada mengejar matlamat utama, submatlamat juga perlu diberi
perhatian. Namun, tumpuan terhadapnya pastikan tidak akan menjejaskan matlamat
utama tadi. Matlamat kecil ini perlu diurus dengan baik. Jika tidak, ia juga
akan menjadi pengganggu.
Sebagai seorang Muslim pula, pastikan matlamat yang kita
tetapkan itu tidak mengingkari matlamat utama kita sebagai hamba di muka bumi
Allah s.w.t. ini.
Sejarah Sambutan Hari Guru
Posted by Blog Cikgu Henry on 22:51. SEJARAH -
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai satu penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Hari Guru bukan sahaja disambut di Malaysia tetapi disambut di seluruh dunia.Di India, Hari Guru disambut pada September 5, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan,
Presiden India yang kedua dan merupkan seorang pendidik terkenal. Di
sesetengah sekolah pada hari itu, tanggungjawab mengajar diambil oleh
pelajar-pelajar senior untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap
guru-guru. Secara tradisional, masyarakat India telah memberi
penghormatan besar kepada para guru. Suatu peribahasa
India lama yang biasanya diajar kepada kanak-kanak memberikan darjat
yang sangat tinggi kepada guru sehingga lebih tinggi daripada Tuhan: Peribahasa itu berbunyi "Maa, Pitha, Guru, Daivam", yang bermakna Ibu, Ayah, Guru, Tuhan.
Hari Guru Antarabangsa di Amerika Latin jatuh pada 11 September , sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, iaitu seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Hal ini telah diluluskan pada 1943 ketika Interamerican Conference on Education, di Panama. Walau bagaimanapun, hari guru peringkat kebangsaan disambut pada hari yang berbeza berdasarkan sejarah tersendiri. Di Brazil, hari guru disambut pada 15 Oktober, di Mexico, pada 27 September 1917, Kongres Persekutuan mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari guru. Sambutan pertama diadakan pada tahun 1918. Di Albania, Hari Guru ialah hari cuti tidak rasmi yang diadakan pada 7 Mac, sehari sebelum hari ibu yang jatuh pada 8 Mac. Di China pula, Hari Guru diraikan pada 10 September semenjak 1985, iaitu salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan kepada profesional (dua lagi ialah hari jururawat dan hari wartawan).
Bagi Republik Czech, Hari Guru (Den učitelů) merupakan hari cuti tidak rasmi iaitu pada 28 Mac, bersempena hari lahir Jan Ámos Komenský (Comenius).
Kanak-kanak akan membawa bunga untuk dihadiahkan kepada guru mereka.
Pegawai-pegawai awam menggunakan hari terrsebut untuk menghargai kerjaya
berkenaan (contoh: [1])dan memberi hadiah kepada guru-guru terbaik.
Contoh Soalan INSAK Untuk Bakal Guru
Posted by Blog Cikgu Henry on 03:23. CONTOH SOALAN INSAK -
ARAHAN: Anda hanya perlu menjawab
(A) SETUJU atau (B) TIDAK SETUJU bagi setiap soalan. Sebanyak 135
soalan perlu dijawab dalam masa 30 minit.
- Apabila bekerja dengan rakan sejawat, biasanya saya memimpin dan banyak memberi arahan daripada mengikuti kata mereka.
- Apabila rakan-rakan saya berbual-bual sahaja, saya memilih untuk mengundur diri.
- Apabila saya sibuk, saya akan minta rakan sejawat menolong saya.
- Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya untuk melaksanakannya.
- Biar lambat selesaikan kerja, asalkan sempurna.
- Biar tugasan tidak dilaksanakan dengan sempurna, asalkan saya rasa puas hati.
- Fikiran saya sering tenang apabila saya menghadapi masalah.
- Inilah hakikat benar bahawa setiap manusia mementingkan diri sendiri.
- Jika ada idea yang berkonflik, saya akan tetap menolak idea yang bertentangan.
- Jika ada orang menegur, saya tidak akan menegur balik.
- Jika ada orang sudi membuat kerja bagi saya, saya masih akan menolongnya pada masa kelak.
- Jika kawan saya buat kesilapan, saya akan memberitahunya dalam situasi yang sesuai.
- Jika saya ditimpa nasib malamg, saya akan berdoa.
- Jika saya merendah diri, orang lain akan menghormati anda.
- Jika saya tidak gembira, saya akan memberi teguran tanpa mengira kedudukan orang.
- Kita tidak patut menaruh keyakinan terhadap kawan yang sudi menolong.
- Kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal walaupun ada masa lapang.
- Orang yang memuji saya biasanya mempunyai niat baik.
- Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa.
- Saya akan dipandang rendah jika merendah diri.
- Saya akan usaha lipat ganda jika prestasi rakan sejawat mendahului saya.
- Saya berharap menjadi guru terlatih kerana kerjaya guru adalah minat saya.
- Saya sering ambil perhatian terhadap perkara yang saya minati.
- Saya tidak suka berkawan dengan orang yang suka berjenakan sahaja.
- Saya tidak suka bersendirian, jadi saya berharap ada ramai kawan.
- Sebelum ambil tindakan, saya menimbang langkah-langkah kejayaan mencapai objektifnya.
- Sekolah tidak bertanggungjawab dengan kesalahan guru.
- Sungguhpun saya tidak setuju, saya tidak berpura-pura setuju.
- Untuk mendapatkan sesuatu yang saya idamkan, saya rela melakukan apa-apa kerja.
- Untuk mengawal orang, kita harus membaca buku psikologi.
Soalan-soalan ini dipetik daripada buku bertajuk Bimbingan dan Latihan Persediaan INSAK & Temuduga
terbitan Multimedia Sdn Bhd. Untuk keterangan lanjut mengenai
contoh-contoh soalan INSAK secara lengkap, serta panduan menghadiri
temuduga untuk bakal guru, sila dapatkan buku ini di kedai buku
berhampiran. Atau layari www.penerbitan-multimedia.com.















Join The Community