Majlis Pertunanganku.

Pada 7 April lalu, bersamaan dengan hari Ahad, telah berlangsung peristiwa yang amat penting dalam hidup aku iaitu majlis pertunanganku bersama gadis pilihan hati.

Baca Selanjutnya

Hari Sukan SMKSB 2012

Hari Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor (SMKSB) yang berlangsung pada Jumaat, 22 Jun 2012, bersamaan 2 Syaaban 1433 Hijrah. Tahniah kepada semua warga SMKSB yang terlibat.

Baca Selanjutnya

Majlis Perpisahan

"Setiap yang hidup pasti akan meninggal. Setiap perjumpaan pasti ada perpisahan. Segala salah dan silap, harap dimaafi. (SMK Convent, Klang, 2010)."

Baca Selanjutnya

Majlis Perpisahan

"Kalau ada lombong di ladang, boleh saya tumpang mandi. Kalau ada umur panjang, harap dapat berjumpa lagi."

Baca Selanjutnya

Sama Ada Kita Peduli Atau Tak

Dunia hari ini, undang-undang tidak mengizinkan guru menlaksanakan kerjanya sebagai 'guru'. Jadi, mari kita ketawa lagi . .ha ha ha.

Baca Selanjutnya

Join The Community

Premium WordPress Themes

Hanya 50 Guru Mohon Aktif Berpolitik




 Dr Mohd Puad Zarkashi
 
SHAH ALAM – Guru atau Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik dengan syarat mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran dan hanya 50 orang membuat permohonan sejak dua tahun lalu,

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata, kebenaran berpolitik menunjukkan keterbukaan kerajaan apabila kerajaan meminda Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang membenarkan guru bertanding atau bergiat aktif dalam politik.

Langkah itu dilaksanakan sejak 2010.
"Kebenaran ini hanya untuk guru atau Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 sahaja dengan syarat mereka perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan dari pihak kementerian.
"Bahkan guru yang memdapat kebenaran berpolitik itu juga boleh memohon cuti tanpa rekod jika ingin bertanding dan menjadi perwakilan mana-mana parti politik," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan rekod dari tahun 2010 hingga kini lebih kurang 50 orang sahaja yang memohon untuk bergiat aktif dalam politik.
"Daripada jumlah tersebut, 24 permohonan diluluskan manakala sembilan lagi ditolak kerana memegang jawatan tertinggi di sekolah seperti pengetua atau penolong kanan," katanya.

Menurutnya, jika guru yang mendapat kebenaran berpolitik dinaikkan pangkat ke Gred DG52 ke atas, status kebenaran tersebut terbatal dengan sendirinya.

Ketika ditanya mengenai penglibatan penjawat awam semasa perhimpunan Bersih 3.0, Puad berkata, setakat ini masih belum mendapat sebarang maklumat ada guru yang terlibat di mana ianya masih dalam siasatan pihak polis.
 

Misteri Kereta Tanpa Pemandu di Pondok Tanjung




Kisah ni memang seram gila. Sesiapa yang selalu ulang alik dari Taiping ke Selama elok la ambil ikhtibar dari cerita ini.
Ceritanya bermula begini (muzik saspen keluar),

Aku menetap di Ipoh dan mengajar di Selama, Perak. Hampir setiap minggu aku akan balik ke Ipoh menemui ayah dan bonda yang kusayangi. Tapi jarang sekali aku balik malam.

Satu hari, aku terpaksa balik malam sebab terlalu gian main game Counter Strike. Jadi, aku pun memandu la malam itu ke Selama. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Time tu la kereta Wira Special Edition (SE) aku yang laju tu meluncur betul-betul di Pondok Tanjung.

Entah macam mana, tiba-tiba mati enjin. Mula-mula aku ingat aku tertutup enjin. Maklum la, bawak laju sangat, mungkin aku teroff kan kunci enjin. Bila stard semula, enjin masih tak hidup. Aku pun mula la tensyen.

Tiba-tiba aku nampak ada sebuah kereta Honda Civic FD berjalan perlahan ke arah aku. Mula-mula aku rasa macam nak suka sebab boleh mintak tolong kat pemandunya. Tapi, tiba-tiba baru aku perasan, kereta tu tak ada pemandu. 

Kecut gila aku punya hati dan perasaan. Time tu aku cuma tunggu masa untuk dicekik oleh hantu yang memandu kereta itu. Masa tu memang aku redha untuk dicekik. Tapi, tiba-tiba;

 “Assalammualaikum Bang . . .boleh tak tolong tolak kereta saya ni?” Terdengar suara dari belakang kereta Honda Civic dan aku ternampak seorang brader sedang menolak kereta tersebut dalam keadaan termengah-mengah.

NOTA: Cerita ini rekaan semata-mata. Moga ia tidak menjadi nyata.
   

Aku Ada Kerna Kau Ada

Oleh: Cikgu Ahmad Henry


 

Siapa Aku Sebelum Hari Ini ?

Beberapa minggu sebelum menjadi guru, aku ialah seorang pekerja di sebuah kedai buku. Kerja di kedai buku ni bagi aku sangat tak best. Kerjanya sangat meletihkan, tak boleh duduk. Gajinya sedikit, hanya RM700. Nak solat pun payah.

Bila dilantik menjadi guru, aku sangat bersyukur. Walaupun makin hari makin mencabar, tapi bagi aku bertugas sebagai guru tak la seteruk kerja-kerja yang aku pernah buat sebelum ni. Aku pernah bekerja di kedai makan seawal usia 13 tahun. Kerja kutip kelapa sawit sewaktu di tingkatan tiga. Kerja kilang keropok dan kilang ubat nyamuk masa menengah atas. Dan, kerja sebagai jurujual sebelum masuk UPSI. 

Secara kebetulan, memang aku minat untuk jadi guru sejak di tingkatan lima lagi. Jadi, menjadi guru bagi aku bukanlah satu pekerjaan yang susah sangat. Sikit-sikit tu ade la.

Kenapa Aku di Sini?

Satu lagi perkara yang menyebabkan aku masih bertahan dalam dunia perguruan walaupun setiap hari berhadapan dengan pelajar-pelajar bermasalah ialah kerana sebaris ayat ini, "Aku ada, kerna kau ada".

Adanya aku di sekolah adalah kerana adanya jawatan guru itu sendiri. Adanya jawatan guru kerana adanya pelajar. Kalau pelajar takde, dah tentu guru pun tak diperlukan. Dan, dah tentu hari ni aku bukan seorang guru. 

Kepada diri aku sendiri, dan kepada guru-guru lain umumnya, membentuk sahsiah pelajar itu adalah amanah. Marilah kita sama-sama menunaikan amanah tersebut. 

Hari ini mungkin kita mengeluh bila murid yang kita nak bentuk tak mahu berubah-ubah. Tapi yakinlah bahawa hidayah untuk pelajar itu bukan kita yang beri. Kita hanya berusaha tanpa henti. Yang memberikan mereka hidayah ialah Allah s.w.t. Kalau bukan sekarang, mungkin selepas mereka habis sekolah nanti mereka berubah, Insya Allah. 

Akhir kata, jangan pulak korang frust bila baca sampai habis, tapi tak jumpa pun cerita-cerita jiwang. Walaupun tajuk ni jiwang, tapi isinya tak la jiwang mana. Kalau tak buat tajuk jiwang, sumpah korag tak baca . . .kelaut le jawabnya . . hehe.

Assalammualaikum.


Cara Membuat Auto Blog Untuk Blogspot


Auto Blog

Auto blog ialah blog yang diupdate secara automatik. Posting atau artikel blog tersebut akan bertambah secara automatik tanpa perlu pemilik blog tersebut memasukkan posting secara manual setiap hari.

Di bawah ialah video panduan untuk membuat autoblog. Jom menontonnya bersama-sama.





Guru Ditumbuk Oleh Pelajar Merokok


 
Penumbuk yang Comel
 
“Ketika mengadakan perjumpaan guru berkenaan bertindak menasihati pelajar berkenaan sebelum ditumbuk rakan pelajar berkenaan menggunakan buku lima,” 
LABUAN 6 April – Tindakan murni seorang guru menegur pelajarnya yang merokok di hadapan sekolah membawa padah apabila ditumbuk kumpulan pelajar berkenaan dengan menggunakan senjata buku lima, semalam. 

Ketua Polis Labuan, Supritendan Saiman Kasran berkata, kejadian berlaku pukul 5.30 petang itu menyebabkan guru berkenaan mengalami luka kecil dan lebam di bahagian muka. 

 “Berdasarkan laporan, guru berkenaan telah menegur seorang pelajar yang merokok di hadapan sekolah sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang ingin berjumpanya di kawasan Kerupang di sini. 

“Ketika mengadakan perjumpaan guru berkenaan bertindak menasihati pelajar berkenaan sebelum ditumbuk rakan pelajar berkenaan menggunakan buku lima,” katanya di sini hari ini. 

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan suspek boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun dan denda atau sebatan.

Sumber: http://www.labuan.net/

Para Pengganggu Perlu Disingkir Untuk Capai Sesuatu Matlamat


Beliau (awek) akan jadi pengganggu jika anda belum ada cita-cita untuk bernikah, atau sekadar untuk jadikannya ‘toy’. Jika anda teruskan aktiviti ini, pastinya matlamat utama anda tadi terganggu. Anda terpaksa menghabiskan wang untuk beli kereta tadi untuk awek yang tiada apa-apa faedah ini.
 

 

Oleh: Cikgu Ahmad Henry
 
Apakah matlamat atau cita-cita terakhir anda? Imbas kembali, apakah matlamat tersebut tercapai atau sebaliknya. Dan jika matlamat tersebut sudah tercapai, apakah jalan yang anda lalui itu penuh liku, atau jalan lurus lagi elok dan nyaman?

Bagi seorang pelajar, matlamat utama mereka ialah berjaya dalam bidang pendidikan. Bagi seorang ahli politik yang ikhlas, matlamat utama mereka ialah meraih kuasa politik untuk digunakan ke arah yang wajar. Bagi seorang pemuda yang baru kerja, kemungkinan mereka mempunyai matlamat untuk memiliki kereta idaman.

Ramai antara golongan yang saya sebutkan di atas gagal mengecap matlamat atau cita-cita masing-masing. Ia berpunca daripada beberapa sebab yang saya namakan di sini sebagai ‘pengganggu’. Semua pengganggu ini perlu disingkir agar matlamat yang kita telah tetapkan dapat dicapai dengan sedikit longgar.

Siapa Pengganggu-pengganggu ini?

Katakan seorang pemuda telah menetapkan untuk membeli kereta idamannya pada sekian-sekian tarikh atau tempoh tertentu. Beliau akan berhadapan dengan beberapa kemungkinan yang bakal menjadi pengganggu. Pertama, sudah tentulan tuntutan untuk memiliki material lain seperti rumah, motosikal, gajet, pakaian, dan sebagainya akan mengganggu matlamat tersebut. 

Kedua, tuntutan bersifat berangkai atau berulang-ulang. Bagi seorang pemuda, fitrah untuk memiliki awek memang sangat mendesak. Tapi, apakah awek itu menjadi sebahagian matlamat atau sekadar pengganggu? 

Beliau (awek) akan jadi pengganggu jika anda belum ada cita-cita untuk bernikah, atau sekadar untuk jadikannya ‘toy’. Jika anda teruskan aktiviti ini, pastinya matlamat utama anda tadi terganggu. Anda terpaksa menghabiskan wang untuk beli kereta tadi untuk awek yang tiada apa-apa faedah ini.

Bukan Semua Benda ialah Pengganggu

Anda perlu pastikan terlebih dahulu matlamat mana yang menjadi keutamaan. Kebiasaannya, setiap matlamat akan disusuli oleh beberapa matlamat kecil. Dalam pada mengejar matlamat utama, submatlamat juga perlu diberi perhatian. Namun, tumpuan terhadapnya pastikan tidak akan menjejaskan matlamat utama tadi. Matlamat kecil ini perlu diurus dengan baik. Jika tidak, ia juga akan menjadi pengganggu.

Sebagai seorang Muslim pula, pastikan matlamat yang kita tetapkan itu tidak mengingkari matlamat utama kita sebagai hamba di muka bumi Allah s.w.t. ini.


Sejarah Sambutan Hari Guru

 
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai satu penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Hari Guru bukan sahaja disambut di Malaysia tetapi disambut di seluruh dunia.Di India, Hari Guru disambut pada September 5, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan merupkan seorang pendidik terkenal. Di sesetengah sekolah pada hari itu, tanggungjawab mengajar diambil oleh pelajar-pelajar senior untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru-guru. Secara tradisional, masyarakat India telah memberi penghormatan besar kepada para guru. Suatu peribahasa India lama yang biasanya diajar kepada kanak-kanak memberikan darjat yang sangat tinggi kepada guru sehingga lebih tinggi daripada Tuhan: Peribahasa itu berbunyi "Maa, Pitha, Guru, Daivam", yang bermakna Ibu, Ayah, Guru, Tuhan.

Hari Guru Antarabangsa di Amerika Latin jatuh pada 11 September , sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, iaitu seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Hal ini telah diluluskan pada 1943 ketika Interamerican Conference on Education, di Panama. Walau bagaimanapun, hari guru peringkat kebangsaan disambut pada hari yang berbeza berdasarkan sejarah tersendiri. Di Brazil, hari guru disambut pada 15 Oktober, di Mexico, pada 27 September 1917, Kongres Persekutuan mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari guru. Sambutan pertama diadakan pada tahun 1918. Di Albania, Hari Guru ialah hari cuti tidak rasmi yang diadakan pada 7 Mac, sehari sebelum hari ibu yang jatuh pada 8 Mac. Di China pula, Hari Guru diraikan pada 10 September semenjak 1985, iaitu salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan kepada profesional (dua lagi ialah hari jururawat dan hari wartawan).
Bagi Republik Czech, Hari Guru (Den učitelů) merupakan hari cuti tidak rasmi iaitu pada 28 Mac, bersempena hari lahir Jan Ámos Komenský (Comenius). Kanak-kanak akan membawa bunga untuk dihadiahkan kepada guru mereka. Pegawai-pegawai awam menggunakan hari terrsebut untuk menghargai kerjaya berkenaan (contoh: [1])dan memberi hadiah kepada guru-guru terbaik.
 

Contoh Soalan INSAK Untuk Bakal Guru




 



ARAHAN: Anda hanya perlu menjawab (A) SETUJU atau (B) TIDAK SETUJU bagi setiap soalan. Sebanyak 135 soalan perlu dijawab dalam masa 30 minit.
  1. Apabila bekerja dengan rakan sejawat, biasanya saya memimpin dan banyak memberi arahan daripada mengikuti kata mereka.
  1. Apabila rakan-rakan saya berbual-bual sahaja, saya memilih untuk mengundur diri.
  1. Apabila saya sibuk, saya akan minta rakan sejawat menolong saya.
  1. Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya untuk melaksanakannya.
  1. Biar lambat selesaikan kerja, asalkan sempurna.
  1. Biar tugasan tidak dilaksanakan dengan sempurna, asalkan saya rasa puas hati.
  1. Fikiran saya sering tenang apabila saya menghadapi masalah.
  1. Inilah hakikat benar bahawa setiap manusia mementingkan diri sendiri.


  1. Jika ada idea yang berkonflik, saya akan tetap menolak idea yang bertentangan.
  1. Jika ada orang menegur, saya tidak akan menegur balik.
  1. Jika ada orang sudi membuat kerja bagi saya, saya masih akan menolongnya pada masa kelak.
  1. Jika kawan saya buat kesilapan, saya akan memberitahunya dalam situasi yang sesuai.
  1. Jika saya ditimpa nasib malamg, saya akan berdoa.
  1. Jika saya merendah diri, orang lain akan menghormati anda.
  1. Jika saya tidak gembira, saya akan memberi teguran tanpa mengira kedudukan orang.
  1. Kita tidak patut menaruh keyakinan terhadap kawan yang sudi menolong.
  1. Kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal walaupun ada masa lapang.
  1. Orang yang memuji saya biasanya mempunyai niat baik.
  2. Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa.
  1. Saya akan dipandang rendah jika merendah diri.
  1. Saya akan usaha lipat ganda jika prestasi rakan sejawat mendahului saya.
  1. Saya berharap menjadi guru terlatih kerana kerjaya guru adalah minat saya.
  1. Saya sering ambil perhatian terhadap perkara yang saya minati.
  1. Saya tidak suka berkawan dengan orang yang suka berjenakan sahaja.
  1. Saya tidak suka bersendirian, jadi saya berharap ada ramai kawan.
  1. Sebelum ambil tindakan, saya menimbang langkah-langkah kejayaan mencapai objektifnya.
  1. Sekolah tidak bertanggungjawab dengan kesalahan guru.
  1. Sungguhpun saya tidak setuju, saya tidak berpura-pura setuju.
  1. Untuk mendapatkan sesuatu yang saya idamkan, saya rela melakukan apa-apa kerja.
  2. Untuk mengawal orang, kita harus membaca buku psikologi.
Soalan-soalan ini dipetik daripada buku bertajuk Bimbingan dan Latihan Persediaan INSAK & Temuduga terbitan Multimedia Sdn Bhd. Untuk keterangan lanjut mengenai contoh-contoh soalan INSAK secara lengkap, serta panduan menghadiri temuduga untuk bakal guru, sila dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran. Atau layari www.penerbitan-multimedia.com


Soalan Topikal Sejarah Tingkatan 1


 




Link Berkaitan

Di bawah ini ialah link untuk download soalan-soalan sejarah dari bab 1 hingga 8 menggunakan perisian MicrosoftWord. Setiap soalan disertakan dengan jawapan.

Sila klik link di bawah untuk mendownload soalan.




Soalan Topikal Sejarah Tingkatan 2







Link Berkaitan

Untuk mendapatkan Soalan Topikal Sejarah Tingkatan 2 ini, anda perlu mendownload daripada link-link di bawah. Soalan topikal ini dalam format Microsoft Word (MW). Mudah-mudahan soalan-soalan ini dapat membantu para pelajar cemerlang dalam peperiksaan. Amin.

Jangan lupa menunaikan solat lima waktu.

Contoh Soalan Ramalan Sejarah PMR






Link yang Berkaitan

  • Soalan Sejarah Tingkatan 2:

Untuk mendapatkan soalan ramalan sejarah PMR ini, anda perlu download terlebih dahulu. Sila klik link ini untuk mendownload; http://binakedai.com/dloadfre/SET 1.doc