Lima Tanda Awek Kita Tak Suka Kat Kita Dah
Posted by Blog Cikgu Henry on 02:13. ISU SEMASA -
Oleh: Ahmad Henry
Sebelum saya
memulakan bicara, saya nak sampaikan serangkap pantun dulu. Terimalah,
Kura-kura
bermandi manda,
Bermandi
manda dalam keranda,
Budi yang
baik dikenang jua,
Dua tiga
kucing berlari…
Yeaahhh….
Saya bukan la reti sangat cerita pasal cinta. Apa yang saya cerita ni
adalah berdasarkan pengalaman hidup. Ya, pengalaman yang saya kutip daripada
drama-drama dan filem Melayu.
Dari situ dapat la saya simpulkan beberapa tanda atau klu yang
ditunjukkan oleh seseorang awek apabila dia mula boring bercouple dengan anda. Tanda-tanda, hint, atau klu yang saya
maksudkan adalah seperti berikut.
Dia lupa nama anda
Awek anda seringkali tersilap memanggil nama anda. Kadang-kadang dia panggil Bro, kadang-kadang panggil Pakcik, dan sebagainya. Pada tahap yang lebih parah, dia berpura-pura
meminjam dompet anda untuk melihat jenama dompet anda. Sebenarnya dia nak
tengok nama anda kat ic.
Pura-pura nyanyuk atau gila
Awek anda berlakon seolah-olah dia dah gila dan kerasukan. Waktu dating, dia buat-buat meracau, mencarut, membebel sorang-sorang, dan menyanyi kuat-kuat di khalayak ramai. Awek anda tahu, anda takkan suka pada awek yang gila walaupun awek
anda tu cun gila. Sebab tu la dia berpura-pura gila atau nyanyuk. Tujuanya supaya anda menjauhkan diri.
Makan petai, jering bila dating
Bila ajak dating, dan-dan la dia makan petai atau jering. Kemudian dia
tak gosok gigi untuk mengekalkan aroma petai atau jering tu. Anda tentu berasa malu dengan awek yang macam ni. Esok lusa, dah tentu anda takkan keluar dengannya lagi. Ketahuilah, itu sebenarnya perancangan beliau semata-mata.
Kentut tanpa sekatan
Sebelum dating, dia akan makan makanan yang membuatkan perut kembung.
Contohnya cempedak, nangka, roti luput tarikh, biskut masuk angin, dan
sebagainya. Time tengah dating, dia akan kentut bertalu-talu dan laju laju
supaya anda berasa malu untuk dating dengannya lagi. Hiyyeekkk!
Ajak main terjun jembatan
Awek anda akan ajak anda main terjun-terjun dari jembatan yang tinggi.
Tapi, dia akan suruh anda terjun terlebih dulu supaya anda cepat mati. “You
jump, I jump”. Bila anda dah terjun dan mati, dapatlah dia cari jantan lain.
Demikian la beberapa tanda yang awek anda dah tak suka kat anda. Jika tanda-tanda ini ada pada awek
anda, tingalkanlah dia cepat-cepat. "Kuntum bukan sebunga, kumbang bukan sebatang..."
Hukum Memperkatakan Keburukan Orang Lain
Posted by Blog Cikgu Henry on 06:51. AGAMA,ISU SEMASA -
Oleh: Ustaz Ahmad Adnan Fadzil
Soalan; Saya khilaf tentang satu perkara. Dewasa ini
banyak fitnah kerana perbezaan fahaman politik. Ada kawan saya
mengatakan ketua A itu peminum arak dan kafir. Apabila saya katakan
tidak mahu mendengar kerana takutkan itu fitnah, beliau mengatakan
kepada saya, menurut ustaz beliau, politik adalah hak bersama. Semua
orang perlu tahu, tidak kisahlah sama ada betul atau tidak. Tapi
bukankah menyebarkan berita yang buruk tentang seseorang apatah lagi
diragui kesahihannya adalah mendatangkan fitnah? Harap ustaz dapat
berikan saya penerangan.
Jawapan;
1. Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya - tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat- kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan). Sama ada mengumpat (ghibah) atau fitnah, kedua-duanya adalah dosa besar, apatah lagi jika menggabungkan kedua-duanya.
Jawapan;
1. Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya - tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat- kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan). Sama ada mengumpat (ghibah) atau fitnah, kedua-duanya adalah dosa besar, apatah lagi jika menggabungkan kedua-duanya.
Dalam
Soheh Muslim, terdapat hadis daripada Abu Hurairah yang menceritakan;
Nabi pernah bertanya para sahabatnya; "Tahukah kamu apa itu ghibah
(umpatan)?". Mereka menjawab; "Allah dan Rasul-Nya lah yang paling
tahu". Nabi menjawab; "Ghibah (umpatan) ialah kamu menyebut tentang
saudara kamu sesuatu yang ia tidak suka". Lalu seorang bertanya Nabi;
"Apa pandangan kamu ya Rasulullah jika apa yang aku sebutkan tentang
saudaraku benar-benar ada pada pada dirinya". Jawab Nabi; "Jika ia
benar-benar ada pada dirinya, lalu kamu menyebutnya, maka kamu
mengumpatinya. Namun jika ia tidak ada padanya, lalu kamu menyebutnya
(dengan mereka-rekanya), maka kamu telah mengadakan suatu pembohongan
terhadapnya" (HR Imam Muslim, Kitab al-Birr wa as-Silah, bab Tahrim
al-Ghibah).
2. Bagi masalah ghibah (iaitu menceritakan/mendedah
keburukan orang lain atau menyebut orang lain dengan suatu nama yang
buruk) dikecualikan bagi enam situasi berikut mengikut yang dijelaskan
oleh para ulama (antara Imam an-Nawawi dalam kitabnya Syarah Sahih
Muslim dan Riyadhus-Salihin);
a) Apabila diri dizalimi; Harus
orang yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, kadi atau pihak
berkuasa lainnya dengan menceritakan keburukan atau kezaliman orang
yang menzaliminya.
b) Memohon bantuan untuk mengubah suatu
kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran. Seperti
seorang melaporkan kapada pihak yang berkuasa mengubah kemungkaran; "Si
Fulan telah melakukan perbuatan sekian sekian, tegahlah ia".
c)
Bertujuan mendapatkan fatwa (pandagan agama); Seperti Hindun yang
mengadu kepada Nabi sikap kedekut suaminya. Ia berkata kepada Nabi; "Ya
Rasulullah, suamiku Abu Sufyan seorang yang kedekut, bolehkah aku
mengambil wangnya tanpa diketahuinya?".
d) Memberi peringatan
kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga daripada suatu kejahatan; Seperti
mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran
sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu
juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat
kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk
terus memberi kuasa kepadanya.
e) Seorang yang
berterang-terangan melakukan dosa atau kesesatan seperti
berterang-terang minum arak, berterang-terang menganut fahaman sesat
atau seumpamanya. Orang sebegini harus disebut tentang dirinya dengan
maksiat yang dilakukannya secara terang itu. Adapun maksiat yang
dilakukannya secara tersembunyi, tidak harus disebut kecuali ada suatu
sebab yang lain.
f) Untuk memperkenalkan seseorang; Harus
menyebut seseorang dengan suatu gelaran jika ia masyhur dikenali dengan
gelaran itu. Haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan
martabat orang lain.
Dalam enam situasi di atas, dibolehkan kita
memperkatakan/mendedahkan keburukan orang lain kerana mempunyai tujuan
yang diharuskan syariat untuk maslahah yang lebih besar daripada
maslahah individu yang diperkatakan keburukannya.
3. Oleh sebab
hukum mengumpat adalah haram pada hukum asalnya dan dosanya adalah
besar, maka orang yang terpaksa menggunakan pengecualian di atas ia
hendaklah memerhatikan perkara berikut;
a) Memerhati niat dalam
hatinya; apakah ia benar-benar terpaksa memperkatakannya atau hanya
lahir daripada keinginan nafsunya sahaja. Jika hati benar-benar berkata;
"Aku wajib mendedahkannya demi agama dan ummah", maka bertawakkallah
kepada Allah dan teruskanlah apa yang diyakini. Namun jika hati berkata;
"Ini hanya keinginan nafsu sahaja", batalkanlah niat untuk berkata
tentang orang lain itu, kerana padah yang bakal kita terima tidak padan
dengan sedikit kepuasan yang kita dapat.
b) Hendaklah mengukur
natijah darinya; adakah dengan memperkatakannya akan membawa kesan lebih
baik atau dengan senyap sahaja dan mencari pendekatan lain yang lebih
baik untuk membetulkan orang terbabit.
c) Setiap yang dilakukan
kerana darurat (kerana hukum asalnya adalah haram) tidak harus
berlebihan, yakni dilakukan sekadar perlu sahaja.
d) Maksiat yang
dilakukan berkait dengan orang lain, yakni pendedahan terpaksa
dilakukan untuk mengelak orang lain turut terlibat atau terzalimi jika
mereka tidak mengetahuinya. Adapun maksiat yang bersifat peribadi tidak
harus didedahkan kerana ia adalah dosa antara pelakunya dengan Allah.
Sesuatu yang ditutup Allah, tidak berhak kita membukanya kerana nanti
keaiban kita pula akan dibuka Allah.
SUMBER: Harakah Daily
Kenapa Pondok Tanjung Begitu Misterius?
Posted by Blog Cikgu Henry on 19:50. CERITA SERAM -
Kudus ialah seorang anak
yang soleh dan comel. Pada satu hari, dia ke kedai untuk membeli
telur yang dipesan oleh ibunya.
Dalam perjalanan melalui
Pondok Tanjung, berlaku satu kemalangan antara sebuah motosikal
dengan sebuah rumah, . . . eh! Silap . . . .dengan sebuah bas
sekolah.
Kemalangan itu sangat
ngeri kerana menyebabkan badan si penunggang motosial itu berkecai.
Kudus berasa takut dan cemas, lalu berpatah balik ke rumah tanpa
sempat membeli telur. Beliau menceritakan hal kemalangan itu kepada
ibunya.
“Ngeri mak. Badan orang
tu berkecai. Tangannya putus, tercampak atas bumbung bas. Kepalanya
tercabut, jatuh dalam paya”, cerita Kudus kepada ibunya.
Kemudian, ibu Kudus
mencelah.
“Telurnya mana?”
Kudus pun menjawab,
“Tak perasan pulak kat
mana tercampak”, jawab Kudus dengan muka yang serius.
The mori of storal: Pandulah berhati-hati.
MISTERI PONDOK TANJUNG: Timbang Misteri di Bilek Guru
Posted by Blog Cikgu Henry on 19:29. CERITA SERAM -
Bila tiba bulan Ramadhan,
ramai la cikgu-cikgu di SMKSB membuat ‘spotcheck’ ke atas berat
badan masing-masing. Ada yang beratnya berkurang. Ada juga yang makin
bertambah kerana terlalu banyak memakan makanan ketika berbuka puasa.
Di bilik guru sekolah
tersebut, terdapat sebuah penimbang berat yang pelik dan misteri.
Pelik, sebab sesiapa yang menimbang berat badan, alat penimbang
tersebut akan mengeluarkan suara memberitahu berapakah berat badan
orang yang sedang menimbang.
Dipercayai, alat
penimbang itu telah dijumpai oleh seorang guru di Pondok Tanjung.
Guru itu dipercayai memandu perodua Myvi.
Pada satu hari, ada tiga
orang guru ingin menimbang berat mereka. Guru pertama bernama Puan
Sakinah. Dia pun berdiri di atas timbang. Lalu timbang pun bersuara,
“56 kilo”.
Guru kedua bernama Puan
Kelesom. Seperti guru pertama, dia berdiri di atas penimbang.
“58 kilo”, jawab
timbang.
Kemudian tiba giliran
guru ketiga iaitu Encik Kudus Bin Meon. Beliau berbadan agak besar
dan montel serta comel. Apabila beliau berdiri di atas timbang,
berkatalah timbang itu,
“Tolong jangan naik
ramai-ramai, saya tak dapat nak baca”, kata si timbang membuatkan
Encik Kudus berasa pilu.
Sekian . . . . .Selamat
Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Duit Raya untuk Kakitangan Awam ?
Posted by Blog Cikgu Henry on 02:24. ISU SEMASA -
PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya
apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum
RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.
Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam
sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah
dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus
dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak
RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.
Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.
Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.
Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.
Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.
Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.
SUMBER : Berita Hairan
Koleksi Gambar Hari Sukan SMKSB 2012
Posted by Blog Cikgu Henry on 05:26. SEJARAH -
Berikut ialah gambar-gambar Hari Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor (SMKSB) yang berlangsung pada Jumaat, 22 Jun 2012, bersamaan 2 Syaaban 1433 Hijrah.
Tahniah kepada semua warga SMKSB yang terlibat.
Perbarisan Rumah Delima. Dapat nombor last sekali . . .hehe
Rumah Nilam kut . . .
Rumah Zamrud yang berwarna hijau. Kemain lagi dia punya lagkah.
Lagi rumah Zamrud
Dulu dan sekarang . . .
Rumah Mutiara
Rumah Delima lagi sekali
Cikgu Lofa Kena Gosip dengan Robot Misteri
Posted by Blog Cikgu Henry on 09:48. CERITA SERAM,SEJARAH -
Oleh: Cikgu Ahmad Henry
Bedul ialah seorang budak berumur enam tahun. Pada suatu hari, Bedul berasa sangat boring. Dia pun menelan sebijik buah dam untuk menghilangkan boringnya. Bedul tercekik lalu mati di tempat kejadian.
Tidak ada siapa yang melihat apa yang terjadi kepada Bedul, kecuali seorang saintis iaitu Profesor Kulop. Beliau melarikan mayat Bedul lalu dibawanya ke makmal uji kajinya. Di makmal itu, Prof Kulop telah mengambil organ-organ penting Bedul. Beliau telah ‘menghidupkan’ Bedul kembali. Tetapi, kini Bedul bukan lagi seorang manusia. Bedul hanyalah sebuah mesin yang menyerupai dirinya.
Robot yang dihasilkan oleh Prof Kulop sangat canggih. Rupa bentukya sebijik macam Bedul yang asal. Malah, sistem biologi Bedul sebagai manusia berfungsi dengan baik. Bedul boleh menikmati makanan, berak, cirit-birit, main Facebook, dan sebagainya. Hanya satu kelemahan Bedul, dia tak ada perasaan.
Bedul membesar sebagai seorang jejaka yang agak kacak (boleh la). Beliau melanjutkan pelajaran di sebuah maktab perguruan. Tak lama lepas tu, Bedul bertugas sebagai seorang guru. Di sekolah, Bedul menjadi guru seperti yang dibelajarnya di maktab dulu. Bedul memang skima. . . . tak boleh blah. Apa yang dia belajar dulu, diikutnya bulat-bulat.
Oleh kerana Cikgu Bedul seorang yang skima dan gramatis, segelitir pelajar lelaki yang nakal dan comot amat membenci dirinya. Cikgu Bedul tahu akan hal tu, tapi dia tak takut. Macam mana Cikgu Bedul nak takut, dia bukan ada perasaan pun. Cikgu Bedul buat tak kisah bila namanya sering dicoteng di dinding tandas, dinding gua, malah kadang-kadang pelajar-pelajar nakal tu tercoteng di muka Penolong Kanan. . . .ish ish.
Cikgu Bedul Kena Gosip
Cikgu Bedul Kena Gosip
Pada satu hari, Cikgu Bedul menyapa seorang guru perempuan. Nama guru perempuan itu ialah Neelofa binti So’od. Beliau ingin berkawan dengan guru perempuan tersebut kerana sudah boring berkawan dengan guru lelaki. Tanpa disedari, ada mata yang sedang memerhatikan gelagat Cikgu Bedul yang sedang berbual dengan Cikgu Neelofa.
Keesokkan harinya, kecoh satu sekolah kononnya Cikgu Bedul dan Cikgu Neelofa berkapel. Gosip terus menular ibarat wabak taun merebak di sebuah perkampungan.
Cikgu Neelofa tensyen dengan apa yang berlaku. Dia menyangka Cikgu Bedul yang sengaja mencetuskan gosip-gosip tersebut supaya semua orang tahu mereka ialah pasangan kapel. Dia betul-betul marah. Sebagai tanda protes, Cikgu Neelofa telah melakukan mogok lapar selama tiga hari satu malam. Berat badan Cikgu Neelofa kurang sebanyak lapan kilo.
Cikgu Bedul yang mengetahui akan hal itu berasa serba salah. Beliau kesal kerana niatnya yang baik telah disalah erti oleh orang, termasuk Cikgu Neelofa sendiri. Cikgu Bedul tidak lagi menghubungi mahupun menegurnya sejak hari itu. Sangkaannya, cara itu boleh meredakan segala kontrovesi.
Walaupun Cikgu Bedul tidak lagi menghubungi Cikgu Neelofa, gosip terus menular. Mula-mula Cikgu Bedul rasa macam nak sedih atas semua yang berlaku. Tapi bila dia teringat yang dia tak ada perasaan, dia pun tak jadi nak sedih . . . haha.
Cikgu Bedul Meminta Maaf
Cikgu Bedul Meminta Maaf
Dipendekkan cerita,
Pada satu petang Isnin yang sangat syahdu iaitu selepas waktu sekolah, Cikgu Bedul bergegas ke sebuah kedai hadiah untuk membeli Teddy Bear bersaiz besar. Beliau ingin memberikan Teddy Bear kepada Cikgu Neelofa sebagai tanda meminta maaf. Pada hal ketika itu Cikgu Bedul tidak berapa sihat kerana malam tadinya dia terlupa menutup mata ketika tidur, menyebabkan tenaganya menjadi kurang.Tapi beliau berkeras untuk memandu seorang diri dengan jarak perjalanan kira-kira sejam itu (kira-kira dari Selama ke Taiping). Apabila sampai di rumah, Cikgu Bedul menyembunyikan Teddy Bear tersebut di dalam lemari baju supaya tidak dilihat oleh rakan serumahnya.
Malangnya, Cikgu Neelofa tidak mahu berjumpa dengannya lagi apatah lagi menerima hadiah tersebut.
“Kita tak ada apa-apa kaitan. Awak jangan mengharap apa-apa dari saya lagi”, antara kata-kata Cikgu Neelofa kepada Cikgu Bedul.
Sekali lagi Cikgu Bedul rasa macam nak sedih. Tapi, tiba-tiba datang seekor pari-pari terbang mundar mandir di sisinya. Berkatalah pari pari itu,
“Wahai sedaraku yang kacak. Sedara tak sedih ke atas apa yang berlaku? Buat apa sedara menyusahkan diri membuat benda yang sia-sia?”, Tanya si pari pari.
Lalu Cikgu Bedul menjawab, “Saya tak rasa ini sia-sia. Saya juga tak rasa sedih . . . kerana saya tak ada perasaan. Saya hanya sebuah mesin yang tak selayaknya dilayan seperti seorang manusia.”, kata Cikgu Bedul seraya mencampakkan Teddy Bear yang dibelinya itu ke dalam sungai Perak.
Benarkah Captain Jack Sparrow Orang Islam?
Posted by Blog Cikgu Henry on 06:24. ISU SEMASA,KONSPIRASI YAHUD,SEJARAH -
Artikel ni saya ambil (copy paste) dari Facebook seorang kawan. Dah lama saya tahu pasal artikel ni. Malah, saya pernah cerita pada seorang kawan mengenai fakta "betui ke Jack Sparrow orang Islam?". Kawan saya suruh saya cari sumber artikel ni. Katanya jangan terus percaya.
Tapi sampai la ni, saya masih tak kaji lebih mendalam kesahihan fakta ni. Maklum la, bizi kat sekolah. Jadi, saya serahkan kepada ada untuk explore lebih lanjut mengenai artikel ni. Jom sama-sama baca artikel yang saya maksudkan.
RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England.Nama sebenarnya adalah John Ward ataupun Birdy. Agama asalnya adalah Kristian. Setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis. Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentang John Ward. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang.Lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khalifah Turki Utsmani Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah.Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya. Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah.Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih.
Imam Suhaib Webb sering muncul di TV Al Hijrah, Astro dan juga di radio IKIM. Beliau ialah individu yang membuat kajian terhadap sejarah Jack Sparrow.
SUMBER:http://www.facebook.com/photo.php?fbid=427352700628614&set=a.398828650147686.92794.398821230148428&type=1&ref=nf
Sejarah Freemasonry dalam Pentadbiran Malaysia
Posted by Blog Cikgu Henry on 21:49. ISU SEMASA,KONSPIRASI YAHUD -
Oleh: Ahmad Henry
Pada 25 Oktober 1978 iaitu ketika berlangsungnya persidangan Parlimen, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan tindakan kerajaan membiarkan organisasi Freemason didaftar dengan banyaknya di Malaysia.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa membangkitkan persoalan itu kepada Tun Hussein Onn yang juga Perdana Menteri ketika itu.
Beliau mendedahkan organisasi Freemason ketika itu sudah melebihi 55 lodges (bangunan seperti kuil) dan ahlinya pula sudah mencapai 2,984 orang termasuk seorang berjawatan menteri. Pada waktu itu, rata-rata umat Islam sudah mengetahui bahawa organisasi Freemason ini ditubuhkan untuk menghancurkan umat Islam pada masa depan.
Justeru, amat memeranjatkan apabila Menteri Dalam Negeri ketika itu iaitu Tan Sri Ghazali Shafie mendakwa pihak kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang pendaftaran pertubuhan itu.
Pada hari ini, organisasi Freemason berkembang pesat dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.
Lebih mendukacitakan, ramai profesionalisme Islam termasuk ahli politik menyertai organisasi ini.
Berikut ialah senarai bangunan Freemason atau lodge yang masih aktif di Malaysia:
• No. 100, Jalan Junid, 84000, Muar, Johor
• Jalan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor.
• No. 136, Jalan Utama, Georgetown.
• No. 27, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.
• Jalan Chan Koon Cheng, 75000, Melaka.
• Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan.
RUJUKAN:
Ibnu Yaacob. 2010. Rahsia Simbol Yahudi, Kulim-Kedah, Moon Media Enterprise.
Simbol Salib Terbalik (Antichrist) Pengaruhi Pelajar Sekolah
Posted by Blog Cikgu Henry on 00:28. ISU SEMASA,KONSPIRASI YAHUD -
Oleh: Cikgu Ahmad Henry
Isu pembabitan pelajar sekolah dalam gerakan Antichrist yang berlatar belakangkan simbol salib terbalik pernah diperkatakan oleh media-media masa tak lama dulu. Gerakan ini sebenarnya lebih berbentuk ideologi yang menggunakan saluran muzik keras, Black Metal sebagai saluran untuk menyebarkan dakyah pihak berkepentingan iaitu Freemasonry mahupun Iluminati.
Di Malaysia, golongan yang paling ramai terlibat ialah pelajar sekolah. Mereka menjalankan beberapa ritual pelik seperti bercelak, seks bebas, berpakaian serba hitam, memakai salib terbalik dan banyak lagi.
Di Sebalik Simbol Antichrist
Bagi segelintir masyarakat Kristian, Antichrist merujuk kepada seorang lelaki Yahudi yang bakal muncul pada akhir zaman dengan matlamat untuk memusnahkan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Antichrist turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti False Mesiah, Beast 666, dan Anti Christ-Dajjal. (Ibnu Yaacob: 2010, 148)
Lelaki yang dimaksudkan oleh segelintir penganut Kristian ini sebenarnya Dajjal Al Masih yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh bangsa Yahudi. Dajjal dipercayai bakal menjadi ketua kepada bangsa Yahudi untuk memusnahkan umat Islam. (Ibid, 149)
Di Sebalik Perkataan
Perkataan Antichrist diambil dari dua perkataan Greek purba iaitu Anti dan Christos yang membawa maksud protes terhadap ajaran Kristian. Bermakna, agama Kristian juga turut dimusuhi oleh segelintir ekstreamis Yahudi.
Untuk menjayakan matlamat Antichrist, bangsa Yahudi terlebih dahulu telah menyerapkan unsur keyahudian mereka di dalam agama Kristian melalui gerakan Freemasonry mahupun Illuminati. Sebab itulah kebanyakan tokoh terkemuka dunia yang beragama Kristian turut bersekongkol dengan gerakan ini. Antara tokoh yang saya maksudkan termasuklah penjajah negara kita, Francis Light dan Stamford Rafles. Mereka ialah ahli Freemason dan mungkin juga ahli Illuminati.
Di Amerika, hampir semua presiden mereka ialah ahli gerakan Freemason dan mereka ini memerintah mengikut kehendak dan cita-cita gerakan Freemason dan Illuminati Yahudi.
Antichrist dan Muzik Black Metal
Kewujudan unsur Antichrist dalam muzik Black Metal dan Punk adalah sesuatu yang sudah dirancang rapi. Ia tidak berlaku secara kebetulan.
Muzik Black Metal misalnya dirintis oleh sebuah kumpulan yang diasaskan oleh lelaki Yahudi, Ozzy Osborne iaitu kumpulan Black Sabbath. Ozzy Osborne pernah dikecam oleh beberapa pertubuhan Kristian ekoran muzik yang dibawanya mengandungi unsur-unsur penyembahan terhadap Syaitan.
Ketika saya masih bersekolah sekitar tingkatan satu hingga tingkatan enam (1999-2005), beberapa rakan yang terlibat dalam kumpulan Black Metal ini sering melukis simbul Baphomet iaitu gambar kepala kambing jantan di tengah-tengah bintang. Simbol ini menjadi lambang penyembahan terhadap syaitan.
Bintang itu sebenarnya ialah simbol Star of David yang juga menjadi latar belakang kepada bendera Israel pada hari ini. Star of David atau bintang Nabi Daud ini digunakan untuk melambangkan keberanian raja bagi Bani Israel iaitu Nabi Daud.
Simbol Star of David yang terdapat pada bendera Israel
Apa pun simbol yang digunakan termasuklah simbol salib terbalik, tujuan muzik Black Metal diadun dengan unsur-unsur keyahudian dan penyembahan terhadap syaitan adalah untuk merosakkan akidah umat Islam yang dimulakan terhadap golongan remaja.
Muzik Black Metal di Malaysia pada Hari ini
Pengaruh muzik Black Metal mahupun Death Metal di Malaysia pada hari ini agak perlahan. Setakat ini, tidak ada pemuzik pelapis bagi muzik jenis itu. Pemuzik sedia ada seperti As Sahar, Riusgnal (Langsuir), Sil Khannaz, Nirojim, dan lain-lain tidak kedengaran dengan album terbaru mereka.
Saya sendiri sudah lama tidak mengikuti perkembangan kumpulan-kumpulan ini setelah mengalami zaman ‘pencerahan’ ketika belajar di universiti dulu.
Langkah Mengatasi
Sebagai guru disiplin di tempat saya mengajar, belum kelihatan adanya unsur-unsur ini di sekolah saya. Bagaimanapun, guru-guru perlu sentiasa memantau simbol-simbol atau isyarat-isyarat lain yang tanpa kita sedari sedang digunakan oleh para pelajar untuk sesuatu tujuan.
Sebagai contoh, baru-baru ini ada sekumpulan pelajar perempuan menggores dahi mereka untuk menggambarkan keahlian mereka dalam sebuah kumpulan.
Hanya 50 Guru Mohon Aktif Berpolitik
Posted by Blog Cikgu Henry on 21:40. ISU SEMASA -
SHAH ALAM – Guru atau Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41
hingga DG48 dibenarkan berpolitik dengan syarat mendapat kelulusan
Kementerian Pelajaran dan hanya 50 orang membuat permohonan sejak dua
tahun lalu,
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata, kebenaran berpolitik menunjukkan keterbukaan kerajaan apabila kerajaan meminda Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang membenarkan guru bertanding atau bergiat aktif dalam politik.
Langkah itu dilaksanakan sejak 2010.
Beliau berkata, berdasarkan rekod dari tahun 2010 hingga kini lebih kurang 50 orang sahaja yang memohon untuk bergiat aktif dalam politik.
"Daripada jumlah tersebut, 24 permohonan diluluskan manakala sembilan lagi ditolak kerana memegang jawatan tertinggi di sekolah seperti pengetua atau penolong kanan," katanya.
Menurutnya, jika guru yang mendapat kebenaran berpolitik dinaikkan pangkat ke Gred DG52 ke atas, status kebenaran tersebut terbatal dengan sendirinya.
Ketika ditanya mengenai penglibatan penjawat awam semasa perhimpunan Bersih 3.0, Puad berkata, setakat ini masih belum mendapat sebarang maklumat ada guru yang terlibat di mana ianya masih dalam siasatan pihak polis.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi berkata, kebenaran berpolitik menunjukkan keterbukaan kerajaan apabila kerajaan meminda Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang membenarkan guru bertanding atau bergiat aktif dalam politik.
Langkah itu dilaksanakan sejak 2010.
"Kebenaran ini hanya untuk guru atau Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 sahaja dengan syarat mereka perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan dari pihak kementerian."Bahkan guru yang memdapat kebenaran berpolitik itu juga boleh memohon cuti tanpa rekod jika ingin bertanding dan menjadi perwakilan mana-mana parti politik," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor di sini, semalam.
Beliau berkata, berdasarkan rekod dari tahun 2010 hingga kini lebih kurang 50 orang sahaja yang memohon untuk bergiat aktif dalam politik.
"Daripada jumlah tersebut, 24 permohonan diluluskan manakala sembilan lagi ditolak kerana memegang jawatan tertinggi di sekolah seperti pengetua atau penolong kanan," katanya.
Menurutnya, jika guru yang mendapat kebenaran berpolitik dinaikkan pangkat ke Gred DG52 ke atas, status kebenaran tersebut terbatal dengan sendirinya.
Ketika ditanya mengenai penglibatan penjawat awam semasa perhimpunan Bersih 3.0, Puad berkata, setakat ini masih belum mendapat sebarang maklumat ada guru yang terlibat di mana ianya masih dalam siasatan pihak polis.
SUMBER: Sinar Harian




















Join The Community